CINTA SEINDAH LANGIT (1)

SINOPSIS :

   Selama ni Sora kerap berpindah sekolah kerana mengikut keluarganya. Sora sentiasa berharap ini kali terakhir baginya bertukar sekolah. Sora juga selalu mengimpikan dirinya di kelilingi kawan-kawan dan bergembira melalui detik-detik indah zaman persekolahan. Namun tanpa disangka selain dirinya, kesemua pelajar dalam kelasnya adalah PELAJAR LELAKI!!
   Tambahan pula, setiap dari mereka mempunyai personaliti yang tersendiri. Sora sangka Haruki adalah ketua kelas tersebut lalu cuba berkawan rapat dengannya. Tapi apa yang akan berlaku pada Sora seterusnya.

BAHAGIAN 1

Dihadapannya tersergam indah bangunan yang membawa memori indah kepada setiap yang datang kepadanya. Ketika ini, angin sedang bertiup damai menyapa rambut si gadis manis yang lincah. Wajahnya gembira melihat bangunan dihadapannya. 

"Mulai hari ini, aku akan bersekolah di sini", monolog dalaman.
"Saya dah tiba!Sekolah Tinggi Sora Iro!!!",lafaz gadis tersebut.
Dengan kuat dia melaung, "Sila beri tunjuk ajar".

Dengan penuh bersemangat dia datang ke sana. Gadis tersebut bernama Sora Kagari. Pelajar Sekolah Tinggi Tahun 1. Masuk kali ni, sudah 11 kali dia berpindah sekolah. Hari ini adalah hari pertama dia tiba di sekolah tersebut.

"harap-harap kali ini kekallah...", monolog dalaman.

*beberapa hari sebelum itu.


Sora : Eh....? Ayah.....Tadi ayah kata apa?
Ayah : Ayah dah buat keputusan!!! Ayah nak kita balik kampung dan buka cafe idaman ayah di sana. FUHAAA...

Itulah sebabnya aku berpindah ke sini. Ayah aku dah buat keputusan untuk berpindah ke mari. pasni aku x perlu la berpindah lagi. 

monolog dalaman : Sekolah baru aku.....Ambil bahagian dalam pelbagai acara sekolah....Harap boleh buat ramai kawan.Pasti seronok menikmati kehidupan sekolah yang gembira!!!


Di luar kelas, kelihatan 2 orang sedang berbual.

Cikgu Madoka : Saya guru kelas, Cikgu Madoka Tsukishima. Selamat datang ke sekolah ni ya, Sora Kagari!Kelas 1-5 ni kelas akademik. Mesti awak pun pelajar yang bijak kan?
Sora : Err....Takde la pandai sangat....
Cikgu Madoka : Apa2 pun, tabahkan hati ya!!!
Sora : Eh? Tabahkan hati...??

Cikgu Madoka melangkah masuk ke dalam kelas. 

Cikgu Madoka : Semua, mari cikgu perkenalkan pelajar baru.

Pelajar dalam kelas tersebut hanya membuat kerja masing-masing. Sora begitu terkejut melihat suasana dalam kelas tersebut. Pelajar dalam kelas tu semunya LELAKI!!

Sora: Sa......Saya Sora Kagari....

Tahun pertama di sekolah tinggi....Krismas yang kian hampir. Di Sekolah Tinggi Sora Iro ni...dapatkah aku nikmati keseronokan zaman persekolahan yang selalu aku impikan?! Sora menuju ke meja kosong di bahagian belakang sekali.

monolog dalaman: nama je kelas akademik tapi seorang pelajar perempuan pun xde. Bukankah orang kata perempuan lagi bijak dari lelaki?

Sora melihat peta kedudukan dalam kelas yang baru sahaja diberi oleh Cikgu Madoka.

Sora: Ah...Ni kedudukan tempat duduk dalam kelas. Baik aku bertegur sapa dengan orang sebelah.Errr....Haruki Kidou ya...?

Lelaki tersebut tersedar namanya dipanggil. Dia pun memandang ke arah suara yang memanggilnya.

Sora: Selamat berkenalan!
Dengan wajah yang berbunga-bunga Sora menegur lelaki tersebut. Lelaki tersebut cuma memandang sepi wajah Sora. Lalu dia menoleh kembali kehadapan kelas.

Haruki: Mengantuknya.....

Sora begitu terkejut dengan tindak balas Haruki. Dia balas ucapan "Selamat Berkenalan" dengan kata "Mengantuknya..."?!Memang tidak boleh diterima akal.

Setiap hari Sora ke kelas, dia ucapkan selamat pagi kepada pelajat kelasnya tetapi mereka semua x mengendahkannya langsung. Semua berada dalam dunia sendiri. Sudah menjadi perkara biasa bilamana pelajar kelasnya terus balik ke rumah selepas kelas. Mereka juga tidak berminat mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.

monolog dalaman: Teruk la macam ni....Hancur harapan nak melalui zaman persekolahan yang seronok. Jangankan nak buat aktiviti bersama, nak berkawan pun susah. Akhirnya, Sora membuat keputusan.

Sora: Maafkan saya....Korang semua nak buat Parti Krismas sama-sama x?

Pelajar lelaki dalam kelasnya memandang Sora dengan terpinga-pinga.Apa yang dibebelkan oleh Sora ni?

Pelajar 1: Erm?
Pelajar 2: Huuu....
Pelajar 3: tak kot....kau ni....

Sora begitu geram dengan reaksi mereka semua.

Monolog dalaman: X perlu la ketawa sampai macam tu sekali!!! Apalah! Berlagak betul....Pelajar lelaki kelas akademik ni....Aku benci mereka!!! Semuanya sebab nak balik awal...

Cuma ada satu masa je mereka rajin buat iaitu masa untuk kemaskan kelas sebelum balik. Semuanya begitu tekun membersihkan kelas kerana semangat nak pulang ke rumah.

monolog dalaman: ....jadi masa ni je semua jadi rajin gila.Marahnya aku....

Pelajar 4: Oi!!Jom keluar main bola.
Pelajar 5: Bak sini bola tu!!
Pelajar 4: Amik kau!!!
pelajar 5: Wah....Kau biar betul!!!!

pelajar 4 telah menendang bola dengan kuat ke arah pelajar 5. Bola tersebut menyusup kencang ke arah Pelajar 5. Dengan pantas Pelajar 5 mengelak. Sora berpaling ketika dia mendengar mereka bising-bising di luar kelas. Bola yang sedang berputar laju berada di hadapan. Prang!!!

Sora: Eh...?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment