CINTA SEINDAH LANGIT (2)

CSora: Eh...?

Apa yang telah terjadi? Bola itu telah tersasar ke arah tingkap, hampir mengenai Sora. Tingkap kelas telah pecah dengan teruk. Serpihan kaca tersebut tidak terkena pada Sora kerana ada seorang lelaki yang telah melindungi Sora. Siapa agaknya lelaki tersebut? Bila berada begitu dekat dengan lelaki tu, jantung Sora berdegup dengan kencang.

monolog dalaman: Haruki Kidou?! Dia tolong aku....? Kenapa?

Pandangan Haruki begitu tajam memandang ke arah pelajar lelaki kelasnya.

Haruki: Kelas 1-5.....

Sora masih dalam keadaan terkejut selepas kejadian tadi dan dia juga telah mengesan sesuatu. Kenapa Haruki boleh beri arahan kepada pelajar kelas mereka? Siapa Haruki sebenarnya?

Haruki: Bersurai!!!

Dalam sekelip mata sahaja semua pelajar lelaki kelas Sora bersurai. Tiada yang membantah.

Sora tergamam melihat reaksi mereka. Mereka terus lari ke tempat masing-masing.

Sora: Wah, Sehati sejiwa semua!!!

Monolog dalaman: Tapi aku dah tahu satu perkara....Oh macam tu....Mereka tak mahu terlibat dengan perkara yang melecehkan. Sebab tu dia tolong aku.....Haruki adalah ketua kepada kelas 1-5!!!

Ketika Haruki sedang mengemas bukunya, Sora tiba-tiba muncul. Sora cuba serang hendap Haruki.

Sora: Haruki Kidou!!!Awak sibuk sekarang? 
Haruki: Kenapa? Apa yang kau nak? Sora Kagari.

Dengan penuh semngat Sora memberitahu tujuannya berjumpa dengan Haruki.

Sora: Saya kan....nak sangat sambut Krismas dengan korang semua!!! Boleh tak awak tolong saya?
Haruki: Haaa?!

Haruki kurang senang dengan permintaan Sora.

Haruki:Kau tak putus asa lagi ke? Takde siapa nak buat parti budak-budak macam tu. Kau tak faham lagi ke?
Sora: Kenapa? Buat parti tak seronok ke? Mestilah seronok!!!

Haruki cuba mempertimbangkan permintaan Sora.

Haruki: Hemmm.....Kalau macam tu....cuba kata, "Saya merayu pada awak, Tuan Haruki"."Saya perlukan pertolongan awak." Boleh? Aku akan mempertimbangkan kalau kau cakap macam tu. Heh!

Tanpa ragu-ragu....

Sora: Ap....cakap macam tu je ke? "Saya merayu pada awak,Tuan Haruki.Saya perlukan pertolongan awak." Betul, saya tak tipu.
Haruki: Senangnya.....

Haruki merasakan Sora begitu mudah melafazkan perkataan tu tanpa rasa malu atau tercabar egonya.

Haruki: Kau ni kan....Kenapa nak sangat sambut Krismas dengan semua orang?
Sora: Aaa...saya ni sebenarnya dah 11 kali pindah sekolah. Rasanya nilah kali pertama saya dapat duduk lama sikit kat sekolah. Hehehe!

Dengan wajah sayu Sora terus bercerita. Haruki mendengar dengan penuh tekun.

Sora: Bila Pindah sekolah semua orang kata, "Walaupun berjauhan, kita tetap kawan ya". Semua pun cakap macam tu. Tapi manusia akan berubah bila ada persekitaran baru kan? Mereka akan terbiasa dengan persekitaran baru yang 'tiada' saya tu. Lalu lupakan saya. Hahahaha! Sebab tu la saya berusaha untuk bergembira di setiap sekolah baru yang saya pergi. Saya nak buat banyak memori indah dengan rakan-rakan baru di Sekolah Tinggi Sora Iro ni!

Wajah Sora bersinar-sinar gembira bila dia membayangkan dapat membuat kegembiraan bersama kawannya. Haruki terlihat sinar gembira dari mata Sora, lalu dia...

Haruki: Hmm! Macam tu rupanya...Okey. Aku akan tolong kau.
Sora: Betul ke? Haruki!!! Nampak macam takde perasaan tapi sebenarnya baik hati. Oh, my  friend!!!
Haruki: Puji ke kutuk tu? Bila masa pulak kita jadi kawan ni?!

Monolog dalaman: Aku tak tahu kenapa tapi...sejak tiba di Sekolah Tinggi Sora Iro, ni la kali pertama aku dapat berbual dengan seorang kawan. Rasa sangat gembira.

*Selepas waktu kelas di sebuah kedai ramen.

Sora: Baiklah...Mari kita buat mesyuarat pertama untuk buat Parti Krismas kelas 1-5.

Masing-masing memperkenalkan diri.

Rei: Biar aku perkenalkan diri sekali lagi. Aku Rei Takanashi. Selamat berkenalan.
Youji: Youji Asahina....
Misaki: Misaki Arisugawa. Sila beri tunjuk ajar ya, Sora-chan!!

Rei ialah seorang lelaki yang memakai cermin mata. Seorang yang gentleman. Mempunyai senyuman yang manis dan bila dia senyum, matanya tertutup rapat.
Youji adalah seorang lelaki yang sukar tersenyum. watak yang agak keras. Berambut agak panjang tapi kemas orangnya.
Manakala Misaki ialah seorang yang ceria dan keanak-anakan.

Sora: Selamat berkenalan. Err...Haruki-kun?
Haruki: Apa lagi ni....
Sora: 3 orang je ke? Campur kita berdua jadi 5 orang?
Haruki: ya. Ada masalah ke?
Sora: Ada la. Haruki bukan ke ketua kelas 1-5 ni? Kumpul la ramai orang lagi.
Haruki: Kau ingat aku ni siapa?

Haruki dan Sora telah bergaduh.

Rei: Takpe la. Takde gunanya kalau kita paksa orang datang kalau tak rela kan?

Sora begitu kecewa dengan sambutan dari pelajar lelaki kelasnya.

Sora: Erm...
Misaki: Demi Sora-chan, apa pun aku sanggup tolong.
Haruki: 5 orang je pun dah cukup untuk membuat memori indah kan?

Monolog dalaman: Haruki....Betul juga. Tak habis rancang pun lagi parti ni. Tiba-tiba je nak paksa semua orang datang, memang mustahil je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment