CINTA SEINDAH LANGIT (3)

Monolog: Jom kita buat Parti Krismas yang gembira....!!

Sora: Setuju tak kalau kita sambut pada malam 24 hari bulan nanti?
Misaki: Okey! Pastu kita boleh tukar hadiah.
Sora: Tempat?
Youji: Sini la kan? Kedai ramen.
Haruki: Eh? Boleh ke? Kedai ramen ni tutup ke?
Youji: Hari Krismas mana ada orang datang makan kat kedai ramen. Ayah aku kata okey je.

Youji  adalah anak tauke kedai ramen Honkaku-tei.

Sora: Macam tu ke? Terima kasih!!! Hari Krismas kene la hias benda ni.

Sora menunjukkan lampu yang biasanya di gantung pada pokok krismas.

Rei: Seronok juga kan!!!
Sora: Kan?

Sora begitu gembira bila ada orang yang menyokong idea dia. Rei juga berminat bermain dengan perhiasan-perhiasan tersebut. Misaki sibuk menyelongkar barangan yang ada dalam kotak itu. Ia menjadikan imej kedai ramen berbeza dari yang asal. Haruki memandang tanpa dapat mengatakan apa-apa. Bahagian paling susah untuk hias pada pokok krismas ialah pada bahagian atas sekali. Sora cuba meletakkannya tapi tidak sampai maka Misaki yang datang menolong. Misaki segera memanjat tangga sambil membawa lampu bintang yang paling besar.

Misaki:Ah...Sora-chan, tempat tinggi biar aku yang buat.
Sora: Terima kasih. Tapi cam senget je tu!!!

Kesempatan itu telah diambil oleh Rei dan juga Youji. Mereka cuba menyakat Misaki.

Rei: Ke kanan ke?
Youji: Kiri la.
Rei: Kanan la.
Youji: Kiri.
Misaki: Cepat la buat keputusan!!! Kaki dah kebas ni.

Haruki cuma memandang dari jauh sahaja melihat gelagat kawan-kawannya. Dia tersenyum bila mereka begitu berusaha menjayakan Parti Krismas nanti.

Misaki: Korang sengaja je kan!!!
Sora: Eeeh...tak la...Mana ada...
Youji: Takkan la kami sanggup buat macam tu.

Youji berpura-pura buat muka tidak bersalah manakala Sora berasa takut jikalau Misaki marahkan dia. Rei cuma tersenyum gembira bila dapat menyakat kawannya itu.
Ketika Haruki sedang termenung, Sora datang dari belakang. Dia cuba datang dekat ke arah Haruki.

Sora: Haruki! Terima kasih banyak-banyak ya. Semua ni berjaya sebab awak yang tolong.

Sora sangat gembira kerana dia dapat membayangkan impiannya akan tercapai. Dia juga sangat bersyukur sebab Haruki sanggup tolong dia.

Haruki: Aku pun...rasa gembira juga!

Sora terkejut dengan tindak balas Haruki. Tiba-tiba dia rasa jantung dia berdegup dengan kencang. Kala ini, wajah Haruki begit dekat dan      macho. Kenapa Haruki juga berasa gembira?
Setelah selesai tugasan pada hari tersebut, Sora telah ternampak sesuatu ketika dia sedang bersiap nak balik ke rumah.

Sora: Eh? Kad pelajar Haruki...?

Sora cuba melihat dengan lebih jelas maklumat yang terpapar pada kad tersebut. Mula-mula sekali Sora melihat wajah Haruki.

Sora: Nampak matang betul. Erm? Ini....

Apa yang Sora telah nampak pada kad pelajar Haruki? 
Keesokan harinya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment