CINTA SEINDAH LANGIT (5)

BAHAGIAN 2:

Pada dinding sekolah ada di tampal sekeping poster "Musim Baru Pertandingan Dodgeball". Kebetulan ketika Sora hendak ke kelas, dia ternampak poster tersebut.

Sora: Pertandingan Dodgeball Musim Baru..... Penyertaan dialu-alukan? Betul ke ni? Acara camni pun ada?! Cam seronok je!!!

Sora seorang yang sangat sukakan aktiviti sekolah. Dia akan menjadi sangat teruja dengan perkara-perkara seperti ini. Baginya, peluang ini tak mungkin dia akan lepaskan.

Monolog: Lepas Parti Krismas ada pertandingan dodgeball pula....Bagusnya....Bagus la kan?! Boleh buat aktiviti bersama-sama lagi! Nak ajak bebudak kelas 1-5 ambil bahagian!

Sora: Aa...Tapi...Diorang nak ke masuk acara ni? Kelas 1-5 yang aku pindah masuk ni kelas yang takde pelajar perempuan.

Pendek kata pelajar-pelajarnya adalah seperti, suka pandang rendah pandang orang lain,"Perkara senang macam ni pun tak boleh buat ke? Kesiannya.",sangat gilakan komputer,"Jangan kacau aku sekarang boleh tak?" atau seperti ramai yang terlalu fikirkan ekonomi,"Buat ni bukannya dapat duit. Tak mau la". Jadi tak mungkin diorang nak masuk pertandingan dodgeball ni.

Sora: Camne nak buatkan diorang masuk....?

Ketika Sora sedang runsing tentang budak kelasnya, tiba-tiba ada seorang lelaki menegurnya. Di belakang lelaki tersebut berdiri dua orang pelajar perempuan.

Lelaki A: Hei! Kau budak kelas akademik yang baru pindah tu kan?
Perempuan A: Haah la. Ni la satu-satunya perempuan dalam kelas akademik tu!!! 
Perempuan B: Kami dari kelas 1-1. Kelas sukan. Selamat berkenalan.
Sora: Saya Sora Kagari. Selamat berkenalan ya.

Mereka kagum dengan Sora sebab hanya dia seorang sahaja perempuan yang masuk dalam kelas akademik tersebut.

Lelaki A: Mesti tak seronok kan...duduk dalam kelas tu? Kelas 1-5 memang terkenal dengan masalah disiplin mereka. Sekali pun tak pernah join aktiviti sekolah.
Perempuan A: Betul,betul. Tak beri kerjasama langsung.
Perempuan B: Erm, setuju!

monolog: Eh? Apa ni? Kenapa tiba-tiba je...

Sora tak faham apa yang mereka bertiga perkatakan. Kenapa dengan kelas 1-5?

Sora: Err...Tunggu jap...
Lelaki A: Takde kelas lain seteruk tu kan?

Sora rasa terkilan dengan perkataan mereka. Kenapa perlu kutuk kelas 1-5? Apa yang salahnya mengenai kelas 1-5? Tak patut kata macam tu...

Sora: Memang betul... Bebudak kelas 1-5 bukannya yang terbaik tapi....mereka juga ada kelebihan tersendiri!!! Korang bukannya kenal mereka sangat jadi jangan nak memandai buat andaian macam tu.

Mereka bertiga terkejut kerana Sora tiba-tiba sahaja mengamuk. Mestilah Sora mengamuk sebab mereka kutuk budak kelasnya. Walaupun budak kelas dia memang tak aktif sukan, bagi Sora, mereka tak patut kutuk-kutuk budak kelas dia.

Perempuan A: Apalah...Kita kesiankan dia, jadi saja la datang nak tegur sapa.
Lelaki A: Hmm...nampaknya dia pun dah jadi salah seorang dari mereka.
Sora: Haa? Masih kutuk kelas saya lagi...?!

Ketika Sora hampir tak dapat menahan marahnya, Haruki telah muncul.

Haruki: Pendek kata....korang nak letakkan semua kesalahan atas nama Kelas 1-5 ke?

Monolog: Eh...Haruki!!! Rei-kun. Youji. Misaki-kun.

Dalam masa yang sama, Rei, Youji dan Misaki juga muncul. 

Rei: Betul tu...Kalau awal-awal dah fikir macam tu...kami buat apa pun nampak salah je kan?

Sambil Rei menolak membetulkan cermin matanya.Youji pula dengan pandangan matanya yang tajam dan Misaki dengan senyuman sinis. Kalau Haruki pula, takde secalit senyuman yang terpalit pada wajah kacaknya.

Youji: Fikiran korang memang ringkas la. Tu sebab masuk kelas sukan.
Misaki: Lagi ada hati nak lawan mulur dengan kami!
Haruki: Tapi kalau korang ada nak kata apa-apa lagi...kami sudi mendengar.

Pelajar kelas sukan tersebut rasa tercabar dengan kata-kata mereka. Tetapi untuk tidak mencetuskan pergaduhan, ditakuti akan diketahui oleh cikgu, mereka pun beredar dari situ.

Lelaki A: Jom la pergi..
Perempuan A: Ya...

Walaupun susah nak faham tapi mereka bukannya orang yang bermasalah. Sebab aku tahu la jadi aku...

Sora segera menuju ke kelas, dengan kuat dia menolak pintu kelas, graaa...

Sora: Dah buat keputusan!!! Kelas 1-5 akan ambil bahagian dalam pertandigan dodgeball tahun ni!!!

Penuh bersemangat Sora menyatakan keinginannya. Tetapi reaksi pelajar kelas 1-5 amat mendukacitakan. "Oi...apasal kitorang kene ikut cakap kau buat perkara leceh tu?" "Kagari ni pandai-pandai je..."

Haruki berkata dalam hati "Agak dah dia rancang benda camni... Tapi yang lain nak join sama ke?"

Pelajar 6: Ish...Kagari ni! Kami tak nak masuk la...
Pelajar 7: Malas la!!!
Pelajar 8: Buat penat badan je. Apa faedah ambil bahagian pun.
Pelajar 9: Dah la musim luruh sekarang. Sejuk tau kat luar tu..

Haruki bermonolog: Kan aku dah kata....

Sora: Tapi...!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment