CINTA SEINDAH LANGIT (7)

Sora: Ehh...?

Ketika Sora baru nak bangun, terasa tubuhnya seperti diangkat.

Haruki: Tak perlu lawan mereka seorang diri. Kau kan ada kami dari kelas 1-5. Kami akan tolong balas dendam balik di peringkat akhir nanti.

Monolog: Haruki....Kenapa Haruki selalu datang di saat aku perlukan dia. Selalu cakap ayat yang aku nak dengar....Sejak akhir-akhir ni, aku...selalu rasa berdebar-debar sebab dia.

Sora: Terima kasih Haruki!!!

Haruki cuma tersenyum bila melihat Sora ceria kembali.

Haruki: Jadi semua...mari kita belasah kelas sukan tu cukup-cukup dan jadi juara!!!

Pusingan akhir pelajar tahun 1 pun bermula. Pelajar-pelajar yang ada semua berpakat melihat pertandingan akhir antara kelas sukan 1-1 dan kelas  akademik 1-5. Permainan berjalan dengan lancar. Tapi masih lagi Sora yang memainkan peranan utama dalam pertandingan tersebut. Ahli-ahli yang lain masih lagi menggunakan taktik mengelak.

Pelajar 1: Hei...sampai ke pusingan akhir pun Kelas 1-5 asyik elak bola je.
Pelajar 2: Apa? Kiranya memang mereka berharap pada budak pompuan tu sorang je untuk serang? Teruknya.
Pelajar 3: Memang teruk perangai kelas 1-5 ni.
Pelajar 4: Tapi bila berdepan dengan lawan hebat macam kelas sukan...mesti budak perempuan tu pun rasa penat kan?

Memang betul pun seperti apa yang diperkatakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Bila berlawan dengan pelajar kelas sukan, Sora juga merasa agak payah untuk melawannya. Tambahan pula, ramai yang menyokong kelas sukan.

Penyokong 1: Berusahalah kelas sukan....
Penyokong 2: Hebatnya!
Penyokong 3: Kelas 1-5 memang teruk!!!
Lelaki A: Nampaknya penonton dan dewi kemenangan menyebelahi kami....betul tak kelas 1-5? Hahahaha!

Untuk pusingan yang pertama, mereka berehat selama 10 minit sebelum masuk pusingan akhir. Ketika ini, baki kelas sukan 1-1 ialah sebanyak 15 orang. Jika dilihat lebih dekat, wajah mereka bersinar-sinar sebab mereka pasti akan menang dalam pertandingan ini sedangkan baki untuk kelas akademik 1-5 cuma 5 orang sahaja. Lagipun pemain utama, Sora telah kehilangan banyak tenaga sebab telah digunakan untuk semua  perlawanan sebelum ini. Jadi, sudah tentulah kelas sukan 1-1 yang akan menang. Mana mungkin kelas akademik yang cuma 5 orang tu mampu lawan kelas sukan 1-1 yang seramai 15 orang.

Youji: Diorang ingat diorang dah menang ke?
Rei: Tapi nampaknya mereka pun dah agak penat.
Misaki: Perasannya korang...

Lelaki A: Apa? Jangan nak berlagak lagi. Korang tu yang dalam bahaya tau tak?

Lelaki A adalah ketua bagi kelas sukan 1-1. Dia juga adalah ketua untuk pertandingan dodgeball bagi pihak kelasnya.

Youji: Ye ke? So?
Lelaki A: So? Korang tu cuma tau lari dan elakkan diri je... Kalau perempuan tu terkeluar, habisla korang...Korang takkan menang!!

Sebaik sahaja Lelaki A kata demikian, dia terus baling bola ke arah pasukan kelas akademik 1-5.

Sora: Memang betul...saya dah tak larat nak gerak.

Sora akhirnya terduduk keletihan. Dia dah tak mampu untuk berdiri dan berlawan. Baru sahaja Sora nak menyelak rambutnya, Haruki tiba-tiba sahaja pass tangannya pada tangan Sora.

Haruki: Tapi...sekarang baru la pusingan sebenar bermula.

Bola yang dibaling oleh Lelaki A berjaya ditangkap oleh Haruki dengan sepantas kilat.

Haruki: Kau dah kuat sangat berusaha Sora. Selebihnya serahkan pada kami.

Sora tergamam dengan tindakan Haruki. Sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya, dia cuma dapat melihat belakang Haruki yang gagah, dipantulkan cahaya matahari yang terang. Sambil mereka main , mereka juga rancak bercakap. Masing-masing bermain dengan senangnya seperti bukan dalam pertandingan.

Rei: Nampak tak? Muka dia dah macam sure akan menang! Kalau kita betul-betul kalah, malu la...Hahahahaha!
haruki: Rei pun dahsyat gak. Sebab tu kau buat rancangan macam ni kan?

Satu-persatu pasukan kelas sukan 1-1 yang terkeluar. Semuanya berlaku dengan pantas.

Youji: Masa Sora kuat berusaha tadi kita dah cukup simpan tenaga. Lagipun dah dapat baca gerak-geri kelas sukan.
Haruki: Seterusnya....kita cuma perlu menang demi Sora!

Pasukan sorak kelas 1-5: Kagari...Kau dah berusaha tadi. Rehat je sekarang! WOOHOO!!! Kalahkan kelas sukan. Korang adalah emapat raja kelas 1-5!!!.

Monolog: Korang semua....

Pelajar 5: Mereka...agak macho juga ya?
Pelajar 6: Kelas 1-5....nak memang pertandingan sebab perempuan tu ke?

Monolog: Haruki....Terima kasih...

Sora cuma melihat Haruki dari jauh dengan pandangan mata yang sungguh damai. Terzahir dari hatinya betapa dia mengagumi Haruki.

Akhirnya, pertandingan dodgeball telah tamat. Keputusannya ialah kelas 1-5 menjadi juara.

Pelajar 7: Wah! Seronok la pertandingan dodgeball kali ni.
Pelajar 8: Imej kelas 1-5 dah berubah.
Pelajar 9: Macho nya Kidou-kun!!!
Pelajar 10: Eh? Saya lebih suka Youji-kun kot.

Pelajar-pelajar berasa teruja dengan pertandingan dodgeball kali ni. Masing-masing sibuk memuji pelajar kelas 1-5 sehinggakan mereka juga mendapat peminat.

Sora: Hei, dengar tak tadi? Mereka dah tak kutuk kita dah. Wah, gembiranya!!!

Sora pun memandang ke arah kawan-kawannya. 

Sora: Eh?

Jantung Sora berdegup lagi. Dia cuma sempat lihat sepasang tangan dihulurkan kepadanya. Tangan itu lalu memeluk tubuhnya dengan erat. Terlalu erat ke dada pemilik tangan. Sora menjadi tak keruan dengan tindakan pemilik tangan tersebut. Jantungnya terus berdegup dengan lebih kencang. Wajahnya terus berubah menjadi merah kerana terlampau malu.

Sora: Ke.....Kenapa Haruki...?
Haruki: Rasanya...Memang la gembira dapat jadi juara...tapi dapat ambil bahagian dalam pertandingan je pun dah rasa seronok! Aku sendiri pun terkejut. Aku rasa seronok setiap hari kau sejak kau pindah masuk ke kelas ni.
Sora: Err...

Monolog: Aku pun rasa begitu...Sejak bertemu dengan Haruki, setiap hari akurasakan sungguh bahagia. Bukan sebagai kawan tetapi...camne ya...Aku nak sangat...Aku nak sampaikan perasaan ni...Haruki....Aku suka kau....

Sehingga saat ini, Haruki masih lagi memeluk Sora dengan erat. Apa akan terjadi dengan mereka selepas ini? Adakah Sora dapat meluahkan perasaannya? Ataupun dia cuma bertepuk sebelah tangan sahaja? Sebab Haruki tak pernah menunjukkan minat terhadap Sora. Nantikan bahagian akhir kisah "Cinta Seindah Langit".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment