CINTA SEINDAH LANGIT (8)

*Bahagian akhir:

Monolog: Aku sedar akan perasaan ni....Rasanya itu merupakan langkah pertama menuju ke arah alam percintaan....Tapi....

Awal-awal pagi lagi Sora dah mula berangan. Tersengih sorang-sorang. Tengah syok layan perasaan, Haruki pun datang.

Haruki: Pagi, Sora.

Bila terdengar suara Haruki, terus mata Sora terbuka luas. Jantungnya berdegup kencang. Rasa berdebar-debar. Terlalu asyik dibuai perasaan sehingga tak sedar akan kehadiran Haruki. Sora berasa segan bila Haruki ada dekat dengannya. Wajahnya terus merah sebab terlalu malu dan segan dengan Haruki.

Sora: Se...Selamat pagi....

Monolog: Nak ucap selamat pun dah camni. Camne aku nak luahkan perasaan nanti? Bila? Bila masa yang sesuai nak beritahu?

Dalam perjalanan balik dari sekolah, Sora melalui sebuah kedai kek dan coklat. Kemudian dia terdengar perbualan dua orang pelajar perempuan.

Pelajar 1: Comel kan kek coklat ni! Nak beli tak?

Sora: Hari Valentine? Dah tiba musim rupanya. Semua orang pun sambut dengan gembira.

Setiap tahun, Sora teringin nak sambut tapi tak tahu nak beri pada siapa sambil Sora ketawa sendirian mengenangkan dirinya yang masih single.

Sora: Eh....Aku boleh beri pada dia! Ni la peluang terbaik untuk luahkan perasaan!!! Tapi...apa patut aku beri ya?

Sora terus menuju ke kedai ramen, Honkaku-tei. Kedai tu dah jadi tempat lepak mereka berlima selepas sekolah.

Rei: Hmm? Hari Valentine?

Misaki yang sedang berselera menjamu ramen, terhenti bila dengar masalah Sora manakala Youji yang sedang menghidang air, hampir terlepas pegangan cawan tersebut. Selepas mereka bertiga terkaku lebih kurang seminit, barulah mereka bereaksi dengan keadaan sebenar. Sambil tersenyum sengih, Rei pun menjawab. Misaki pula teruskan makan.

Rei: Itu adalah hari yang merugikan dan takde keuntungan.
Misaki: SLURP SLURP. Betul juga. Tak kira la terima ke, beri ke, mana-mana pun perlukan duit.
Youji: Menyusahkan je.

Monolog: Eeh....Itu pandangan mereka tentang Hari Valntine?

Sora: Cam...camtu ke? Bukan ke sepatutnya hari yang menggembirakan?
Rei: Tak la. Kami benci perkara yang tak memberi sebarang keuntungan.

Selepas Rei berkata demikian, mereka berdua yang lain pun mengangguk setuju.

Monolog: Budak-budak mata duitan ni kan!!! Tapi camtu ke? Ini bakal merosakkan suasana....

Rei: Tapi Haruki ada ramai peminat.
Sora: Eh?!
Misaki: Tahun lepas pun dia terima banyak coklat kan?
Sora: Biar betul!
Youji: Semuanya dia pulangkan balik.

Lepas dengar ayat terakhir dari Youji, terus Sora rasa putus harapan. Dia dapat merasakan yang dia tak mungkin dapat tawan hati Haruki. Suasana sekeliling Sora terus jadi suram. Kegelapan menyelubungi dunia Sora. Biasanya Haruki akan jawab luahan hati para gadis dengan ayat "Aku tak dapat balas perasaan kau tu".

Rei: Aku kagum jugak dengan sikapnya.
Misaki: Dia seorang yang agak praktikal kan.
Youji: Biasanya dia rijek je terus.

Monolog: Haruki....seorang yang praktikal rupanya. Jika begitu, dia pasti akan 100% rijek coklat aku. Punah harapan nak beri coklat padanya!!!

Misaki: Tapi Sora..nak beri coklat pada Haruki kan?

Mereka bertiga merenung ke arah Sora dengan pandangan yang penuh makna.

Sora: Eh? Eeeh? apa yang korang cakap ni?

Misaki: Mesti la coklat cinta kan!

Sora terus merah padam dengan panahan kata-kata dari Misaki. Dia betul-betul tak dapat nak kawal keadaan ketika itu. Dia terlalu terkejut dan malu kerana perasaannya boleh dibaca.

Monolog: Perasaan aku ni nampak sangat ke?

Sora: Tapi...tapi lepas dengar cerita korang tadi.....saya cam dah hilang semangat dan keyakinan untuk beri dia coklat.

Monolog: Tak sangka kau juga akan tiba ke saat ni. Bil dah jatuh cinta, perkara kecil pun....boleh buat kita rasa gusar dan resah.

Misaki: Apa salahnya kalau macam tu....Itu kan gerakan spontan untuk pertahankan diri dari dibenci.
Sora: Misaki-kun....
Rei: Betul tu. Itu tandanya yang kau juga sukakan Haruki.
Sora: Rei-kun....
Youji: Tapi takde maknyankalau kau tak luahkan perasaan padanya. 
Sora: Youji....
Rei: Lagipun kalau kau belum buat apa-apa lagi dah berputus asa....langsung tak serupa dengan Sora yang kami kenal.

Monolog: Betul juga kan....

Sora kembali ceria setelah Rei, Misaki dan Youji memberi kata-kata semangat kepada Sora. Dia berazam bahawa dia takkan berputus asa sebelum mencuba. Dia akan pastikan yang dia mampu luahkan perasaan pada Haruki tanpa mengambil kira reaksi Haruki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment