CANTIK & SIHAT (Mata)

Nyahkan lebam, segarkan mata


Jika anda bekerja membabitkan penggunaan mata untuk tempoh yang lama seperti duduk dihadapan komputer, sudah pasti ia akan melelahkan mata anda. Jadi, apa kata anda segarkan semula mata anda dengan cara yang mudah.


Cara 1:





  1. Sediakan 2 keping hirisan timun
  2. Pejamkan mata dan lekapkan hirisan timun pada kelopak mata anda selama 1/2 jam.
  3. Anda akan rasakan kesegaran selepas itu malah ia juga menghindari mata daripada kelihatan lebam dan tidak bermaya.

Cara 2:


  1. Sediakan beberapa helai daun sirih muda. Cuci hingga bersih
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air suam. Ramas daun sirih itu. Kemudian tapis dan ambil airnya.
  3. Rendamkan mata anda ke alam air tersebut sambil mengerdipkan mata beberapa kali.

Cara 3:


  1. Sediakan seketul kecil air batu (ais)
  2. Lumurkan ais itu pada sekitar mata anda selama beberapa minit.
  3. Ia membantu melancarkan peredaran darah sekaligus menyegarkan semula mata anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CANTIK & SIHAT (Mata)

Lentikkan Bulu Mata






Bulu mata yang lentik sudah tentu menjadi idaman semua orang (wanita). Inginkan bulu mata yang lentik secara semulajadi? Tidak susah....


Cara:

  1. Anda hanya perlu sediakan daun lidah buaya
  1. Sebelum masuk tidur, sapukan lendir daun tersebut pada bulu mata anda.
  2. Biarkan sehingga keesokan harinya
  3. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS