CINTA SEINDAH LANGIT (End)

Belum sempat Sora nak tanya apa yang membuatkan mereka bertiga pelik, tiba-tiba ada satu tangan yang diletakkan di leher Sora dan menarik Sora dari arah belakang.

Sora: Wah!!!
Haruki: Apa yang kau buat ni Sora?

Apabila Haruki muncul dengan tiba-tiba, Youji, Rei dan Misaki segera menyorokkan coklat cinta tersebut dari pandangan Haruki. Mereka rasa berdebar-debar sebab Haruki terlalu dekat dengan mereka. Macam mana kalau terkantoi?

Sora: Tak....Tak....takde pape la.
Haruki: Yakah?

Sora rasa jantungnya berdegup dengan pantas apabila Haruki muncul dengan tiba-tiba dan dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Haruki. Dari jauh, Misaki melambai-lambai ke arah Sora. Ketika itu, Misaki berada di belakang Haruki, maka Haruki tak nampak apa yang dilakukan oleh Misaki. Sora terperasan akan lambaian Misaki. Misaki cuba membuat gerakan mulut agar Sora faham apa yang Misaki nak katakan. "Sekarang la peluang nak beri dia coklat dan luahkan perasaan".

Sora: Ah...betul la!..Haruki....Hari ni lepas sekolah teman saya kejap boleh?
Haruki: Hmph...Kau ni...Mesti nak buat aktiviti sekolah lagi kan?
Sora: Taklah!!Hari ni bukan!
Haruki: Hmmm....Apa-apalah....Lepas sekolah ya...
Sora: Ah....Baru dia lepaskan.

Selepas Sora meminta untuk berjumpa dengan Haruki di taman sekolah, dan Haruki setuju, barulah Haruki melepaskan tangannya dari Sora.

Sora: Haruki tu selalu je buat aku berdebar-debar....tak tahan betul.

Monolog: Aku selalu rasa berdebar-debar macam ni....Haruki pula x rasa apa-apa ke?

Ketika Sora sedang termenung meikirkan Haruki, dia telah ternampak Haruki bersama dengan kawan lelakinya. Cara dia bergurau dengan temannya sama dengan cara dia bergurau dengan Sora. Haruki meletakkan tangannya di bahu temannya dan ditarik erat. 

Monolog: Cara pegang yang sama antara kawan lelaki dan kawan perempuan? Eh? Biar betul? Aku rasa aku baru je perasan satu benda yang kurang menyenangkan....Dia cuma anggap aku sebagai seoarang kawan je ke? Alamak... alamak... alamak.... Mana boleh aku fikir perkara jatuhkan motivasi camni sebelum nak luahkan perasaan!!! Bertenang!! Aku x boleh nak patah balik..... A....Apa-apa pun pasni aku cuma perlu beri coklat....dan luahkan perasaan padanya!!!

Selepas tamat waktu rehat, Haruki pun mula melangkah masuk ke dalam kelas. Kemudian dia ternampak sesuatu yang menrik perhatiannya. 

Haruki: Eh? Itu....Tiga-tiga orang dapat hadiah yang sama? Rasa kelakar pula...hahahaha....

Youji, Misaki dan Rei terdiam x mampu nak kata apa-apa sebab mereka x sempat nak simpan coklat mereka dan menjauhkannya dari Haruki.

Bertiga: Ah....ini...errr....Sora yang beri kat kami sebab hari Valentine.....
Haruki: Hmmm....Sora beri ya....

Ketika itu, Sora sedang termanung keluar jendela. Melayan perasaan yang penuh gundah gulana. Loceng telah berbuni mendakan waktu kelas sudah tamat. Sora masuk ke kelas sekembalinya dia dari tandas.

Sora: Yosh! Haruki belum sampai lagi.... Harap-harap aku boleh luahkan elok-elok. Rasa cemas pula....Nak beritahu yang aku sangat sukakan dia....

Sora pun membuka pintu kelasnya. Dengan penuh semangat Sora masuk ke dalam kelas.

Haruki: Kau lambat.

Sora terpana melihat Haruki berada dalam kelas tersebut. Bukankah dah janji nak bertemu di taman sekolah. Macam mana Haruki boleh ada di dalam kelas pula?

Monolog: Haruki?!!! Sorok-sorok tunggu? Tetiba rasa x sedia pula.

Sora: Ah...err...saya....

Tanpa berfikir, Sora terus menghulurkan kotak coklat kepada Haruki. Wajahnya merah padam kerana terlalu malu.

Sora: Ini..
Haruki: Itu....
Sora: Saya buat coklat sempena Hari Valentine. Sudi x awak terimanya?
Haruki:.....xyah la.
Sora: Eh?
Haruki: Aku x perlukannya.
Sora: Gulp!

Monolog: Nampaknya dia cuma anggap aku sebagai kawan je. Tak lebih dari tu...Tapi...Walaupun begitu, aku tetap nak luahkan perasaan aku padanya juga...

Sora: Saya sukakan awak!!!

Haruki terkejut mendengar luahan perasaan dari Sora.

Sora: Bila saya sedar, rupanya saya dah jatuh cinta...pada Haruki!!

Monolog: Aku yang baru pindah ke mari, dapat menikmati zaman persekolahan yang seronok setiap hari semuanya adalah kerana adanya Haruki.

Sora: Bila terkenang kembali, saya rasa saya perlu luahkan perasaan ni pada awak. Sebab tu la...lepas ni awak kene rijek saya betul-betul ya.
Haruki: ..Apa yang kau merepek ni?

Adegan ******. Di sebalik kain langsir yang berkibar di tiup angin. Berlaku adegan *****(hehehe) antara Haruki dan Sora. Haruki la yang bertindak dulu....Haish....

Sora: Ci....Ciuman?! Kenapa?!
Haruki: Maksudnya ni coklat cinta la kan?
Sora: Eh? Yelah. Mestilah coklat cinta.
Haruki: .....Aku ingatkan kau nak bagi aku coklat persahabatan.
Sora: Kenapa pula?!
Haruki: Youji dan lain-lain semua dapat hadiah yang sama dari Sora. Balutan pun sama. Tiada yang berbeza atau istimewa dari yang lain.... Dah la kasi aku yang terakhir pulak tu....Tpi aku pun sebenarnya.....sangat sukakan Sora. Kalau coklat cinta mestilah aku terima dengan gembira.

Monolog: Haruki.....

Haruki: Tapi aaaah....!!!! Mesti aku nampak tak kool kan tadi? Nampak cam aku jeles je!!! Maaf ye sebab buat kau menangis tadi Sora.

Monolog: Oh camtu ke? Haruki x perasan rupanya....

Sora: Sebenarnya hadiah apda awak sorang je balutan agak berbeza. Ada reben tau. Isi dalamnya pun lain.

Sora pun membuka balutan coklat tersebut dan menunjukkan isi dalamnya kepada Haruki. Coklat-coklat tersebut tersusun indah dan di tengahnya terdapat coklat yang bersaiz lebih besar berbanding yang lain yang berbentuk hati.

Sora: Awak punya memang isitimewa la! (love,,,love...love..)

Sora melafazkan perkataan tersebut sambil mencium pipi Haruki.

Monolog: Keseronokkan bersekolah bergantung pada diri-sendiri tapi aku sedar satu perkara lagi.....dapat menghabiskan zaman persekolahan bersama orang yang dicintai....akan menjadikan keseronokkannya berlipat ganda....

Tamat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment