Gathering C23

Salam semua.....dah lama kan saya x post kat blog.....alasan saya, buat Projek Sarjana Muda(PSM). Lepas present, masih x update blog jgk sbbnye kepala serabut nak siapkn thesis...ok, saya xnak la bagi alasan banyak2 sangat..nanti orang menyampah plak. Post saya kali ni menceritakan pasal gathering bersama budak2 kelas dari C13,C23,C33. Tapi kenapa ye saya cuma letak C23 je? Nak tau kenapa? sebab masa C23 barulah semua budak kelas ada and masa tu jugak, budak2 lelaki direct entry masuk kelas kitorang. sebelum ni(C13), semua budak perempuan je.....

Jadi, pada 21-22/5/2011...kami semua pun pergi la ke Cherating. Kitorang menginap kat chalet. Nama tempat tu ialah, Duyong Beach Resort, Cherating. Rombongan yang pergi adalah sebanyak 4 buah kereta. x dapat plak nak tunjukkan ke semua kereta tu. ni je la yang ada... Kumpulan saya naik kereta kancil je....

Alamak, x nampak keretanya...berlebih-lebih posing sampai x nampak kereta yang telah berjasa bawak kitorang yang berat2 ni ke Cherating. De....kitorang dok chalet yang macam kiri kanan kitorang tu. Kitorang xde hati sangat nak ambil gambar chalet tu sebab menyedihkan keadaannya. Setiap chalet ada beranda yang berpalang, macam rumah kampung~~Beranda chalet kumpulan kami, palangnya rongak....x berani nak sandar. rasa macam nak terjatuh je. Cer teka sapa pemandu yang berkaliber yang sanggup bawak kitorang even minyak, kitorang yang isi..hehehe....Ok la tu. Dari UMP ke Cherating, pergi balik RM20 je....

Dalam gambar ni, kitorang semua nak bersiap g pantai main bola beracun. ye kot tu namanya. saya x pernah main plak bnda2 macam tu. kesiankan?hohohoho....x banya gambar yang leh diletak dalam ni sebab kebetulan, kamera sorang kawan ni, error memory...huhuhu....banyak gambar cantik kat pantai...sedih nia~~~Ni gambar sebelum kitorang main kat pantai....

Tengokla semua gadis2 dari kelas C23...ini pun ada beberapa yang x datang sebab ada hal.....biasaq la tu. Susah nak cukupkn korum....Bila malam plak, kitorang wat bbq...ada ayam, sosej, nugget, keropok, kuih, bihun goreng. Pergh..macam banyak je....





Gambar kat bawah ni, budak2 lelaki baru nak setup tempat nak bakor. Dioranag x bagi kitorang uruskan (gentlemen la konon). bukan la......sebab dorang kata kami x pandai nak buat...de.....

Amik kau.....punyer power diorang ni....macam mercun plak jadinya.....


Bau arang tu...serius sedap....tu x kira lagi macam mana rasa ayam tu. Budak lelaki peram ayam tu dengan perasa kuah satey....pelik plak makan satey ayam yang x berlidi and besar2!! Jap, nak try tengok, ada x gambar ayam....luper plak letak mana...




Sosej bakar je saya x makan. X sedap sangat...hehehe..makan yang goreang2 jer....Sorang dapat makan 4 ketul ayam.....saya cuma mampu makan 3 jer...seyes x larat dah nak masuk. mana x nyer, sebelum tu makan 2 pinggan bihun. kuih lagi.


Malam tu jugak minum banyak sangat air gas...yela...dah lama x minum...semua perisa rasa....epal merah, hijau, sarsi, oren, dan lain2...x ingat plak minum apa dah....hohoho.....Duduk kat sana 2 hari 1 malam je. kene bayar RM35.  kira berbaloi jugak la swpun x banyak sangat aktiviti. banyak makan je....malam tu, dalam kul 12 lbh, kitorang wat unggun api. xde gambar.  xde sapa plak nak amik masa tu..hehehe..ok la..sampai sini la dulu....tetiba banyak keje kene buat plak. da~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment