Bercuti Di Melaka (Part 1-Kota A'Famosa)


Hari tu sy g Melaka. Saya menumpang umah kawan. Mula-mula, tujuan saya pergi sana sebab saya nak ambil jam tangan saya yang tertinggal di rumah dia. Pastu, kami pun come out dengan idea keluar jalan-jalan. Ala……alang-alang datang Melaka. Apa salahnya pergi meronggeng, kan? Saya datang Melaka pada 20/6/11. Lepas saya ambil exam dalam security in computer, petang tu saya pun terus blah dari UMP. Kira sampai kat umah dia, dah nak masuk waktu Maghrib. Malam tu memang xde apa-apa aktiviti yang perlu dilakukan.
Pada hari Selasa, saya x jadi keluar jalan-jalan sebab badan x sihat. Yela…dah mabuk bas….memang kepala pusing jela….. nak keluar pun rasa malas. So, kitorang pun cadang keluar hari Rabu. Konon nak pergi pagi….de….ralit sangat tengok tenet, dah kul 11 pg pun…
Pastu mak dia suruh bertolak lepas waktu Zohor. So, ikut jela…..lebih kurang kul 2.40 kitorang baru bertolak. Destinasi pertama kami ialah ke Melaka Central. Beli tiket balik umah dulu~ pastu baru lawat-lawat semua shopping kompleks kat Melaka ni. Nak wat cano, Melaka banyak shopping kompleks je.
Then, kami pergi Dataran Pahlawan. Ok…macam biasa je rupanya. Macam kat KL jugak….Cuma yang menarik sebab ada tiang untuk setiap negeri. Tap, yang boleh saya tunjuk cuma tiang yang ada nama Selangor jela….hehehe…..kesian, Melaka xde tiang…..
Kalo jalan depan sikit, boleh la tengok keseluruhan view Dataran Pahlawan ni.
Lepas sampai ke Dataran Pahlawan, kami cadang nak pergi Kota A Famosa. Tengah fikir, macam mana nak pergi sana, alih-alih, kami jumpa. La…..sebelah Dataran Pahlawan je. So, jalan kaki jela..xpayah naik kereta.
Inilah pintu gerbang Kota A Famosa. Bangunan yang tinggal Cuma sebesar bilik air je….sempit sangat-sangat dalam tu. Kiri-kanan pintu gerbang ada meriam. Dalam tu pula, ada orang jual cenderahari. Lupa plak nak ambil gambar mereka. Hehehe…..
Nampak x belakang meriam tu, ada seorang makcik? Dia dok kat situ untuk minta sedekah. Kesian dia. Saya pun kesian sebab xde duit jugak…hohoho….keluar jalan-jalan ni, hanya berbelanja sebanyak RM 26++ termasuk duit tiket. Depan makcik tu, ada bangunan. Di situ, adalah penyambung kepada pintu gerbang Kota A Famosa tu. Kira macam lorong la. Nak pergi ke bangunan utama, amatlah tinggi. Penat toi naik tangga. Berpeluh-peluh. 

Ini adalah side dari atas. Masa ni, baru je pertengahan perjalanan. Masa ambil gambar ni, rasa gerun. Hohoho……yela…dah saya gayat. Rasa nak tumbang je sebab condong. Dari sini, saya boleh nampak pintu gerbang. Korang nampak x? tipu sangat la kalo x nampak.  Lepas tu, di seberang jalan, ada bangunan putih. Bangunan tu ialah Muzium Melaka. Saya cadang nak masuk lepas lawat Kota A Famosa tapi x kesampaian sebab balik dari kota, dah kul 5.40…muzium dah tutup walaupun dia kata tutup kul 6 petang. Cedih~
 
Ok…sekarang saya dah masuk ke dalam bangunan utama. Luar bangunan, ada banyak kubur orang-orang Belanda. Batu belakang saya ni, rasa macam batu peringatan. Saya pun x baca. Tengok tulisan kat situ dah memeningkan. Ada beberapa bahagian dalam bangunan ni di baiki sebab dah tua. So, nak elak dari roboh, dia ada letak besi sokongan.

 
Tempat saya berdiri ni, adalah tingkap. Saya x pasti apa function tingkap ni. Rasa macam tempat letak meriam. Masalahnyer, nak tengok ke bwah pun x Nampak. Macam mana nak tembak orang? Huhuhu…..x dapat nak imagine. Ahli sejarah pun x tunjuk macam mana keadaan sebenar kota ni dan reality peperangan dari tingkat atas ke bawah. Sebab bangunan utama pun dah berada di puncak bukit.

 
Inilah laluan-laluan yang terdapat di dalam bangunan utama. Di tengah-tengah bangunan, ada perigi yang ditutup dengan palang besi. Ini pun satu yang mengkonfiuskan kepala saya. Orang kata perigi. Ada jugak orang kata lokap. Kalo perigi, diorang kata perigi sakti. Ntah la….saya tengok kering kontang je. Xde sakti pun. Siap orang yang percaya benda- benda karut ni, baling duit ke dalam tu. Segala jenis matawang ada dalam tu. Kenyang lubang berpagar tu makan duit. Saya x ambil gambar tu sebab x berminat. Berpuaka plak picture saya t…kekekeke……

Akhir sekali berkenaan dengan kota ni, adalah bahagian belakang bangunan utama. Tu je….berbelit-belit pintu dalam tu. Rasa macam semua pintu boleh keluar. Cari jugak dalam pameran, mana tau ada orang lukis gambaran tempat tu sebelum peperangan. Hemmm….kekecewaan melanda diri. Xde pun. Nak tau jugak, adakah benar kota ini dikekelilingi laut. Macam mana ia dikelilingi dan perhubungan dengan kawasan lain serta kaitannya dengan Selat Melaka.

Begitu la sehari sy berjalan-jalan kat Melaka..Di Kota A'Famosa.. Eh,dah agak panjang la...sy akan sambung pasni macam mana suasana Melaka pada waktu malam...Hope korang sume setia membaca yer.. Da~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment