MINUM AIS SELEPAS MAKAN MENAMBAH KALORI

Seram pulak membacanya....Ais pembunuh rupanya....
Sebenarnya dah tahu,....saja-saja je buat x tahu...huhuhu.....



Baiklah, saya nak berkonsi sesuatu kepada anda semua iaitu MINUM AIS SELEPAS MAKAN BOLEH MENAMBAHKAN KALORI. Balik-balik pasal ais, sikit-sikit pasal ais. Kesian dekat ais. Tapi takpelah, demi kesihatan jugak. Bagaimana dengan meminum ais boleh menambahkan kalori dalam badan seseorang? Bayangkan anda sedang menikmati nasi beriani yang mengandungi santan ditambahkan pula dengan lauk ayam masak merah yang sudah tentu banyak minyak yang diperlukan ketika menumisnya, eh tiba-tiba ada pulak rendang daging lembu, minyak pun banyak kat sekeliling daging tu bila santan pecah. Anda makan dan terus makan tanpa menghiraukan orang sekeliling. 

Bila dah berpeluh kepanasan sebab terlalu banyak menggunakan tenaga untuk tumpu pada makanan,anda ambil minuman yang berais sebagai pengubat dahaga. Walaupun ia adalah pengubat tetapi juga pembunuh dalam diam. Lemak-lemak yang masuk ke dalam badan pastinya melalui esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain. Ketika makanan berehat sebentar di esofagus, anda minum minuman berais lalu minuman ini membekukan lemak-lemak yang terkandung dalam makanan tadi. Lemak-lemak tersebut tidak tercerna dengan baik sebaliknya bergumpal menjadi halangan dalam salur darah anda. 

Jadi, tidak mustahillah ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Jika kita mengambil air suam selepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita. Amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan. Sangat baguskan! Tapi bagi kita-kita ni yang susah nak dapatkan teh hijau. Nak cekau mana pulak kan? So, minum jela air suam. Jimat duit, jimat masa. Xpayah nak bancuh-bancuh air kan? Lagipun air kosong membantu mencuci dalaman kita. Kulit pun bersih~ Hihihi..... Sekian buat kali ini.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment