SERIBU SATU MALAM (1)

Dalam perjalanan pulang, aku tetiba je terpandang akan langit malam tanpa bulan. Kelihatan banyak sungguh bintang di dada langit. Berkelip-kelip menyinarkan cahaya yang terang. Bintang-bintang tersusun indah sehingga membentuk buruj yang aku sendiri pun xtau sangat apa namanya. Aku ada baca pasal buruj. Yang aku tau pun, buruj Belantik yang membentuk sebuah belantik iaitu sejenis alat penangkap binatang. Buruj Pari kelihatan seperti ikan pari dan buruj Biduk berbentuk sebuah biduk. Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu 'burj' (tunggal), buru'j (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. 

Justeru, nama buruj juga berbeza. Contohnya, orang Melayu Nusantara melihat corak 4 biji bintang segiempat dengan 3 biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani & Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion. Di langit terdapat 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan ke dalam kumpulan zodiak.

Aku tersedar bahawa sebenarnya aku ter-skip 2, 3 anak tangga semasa menuruninya. Kiranya, aku telah terjatuh tangga dan terlentang di hujung anak tangga. Itu sebabnya aku boleh lihat dengan jelas dada langit yang indah.

"Awak x apa-apa?". Seseorang telah bertanya keadaan aku. Yela...aku kan dah terjatuh dari tangga. Tapi aku x sangka pulak ada orang yang prihatin bertanya keadaan aku & aku jugak x sangka ada orang kat sini. Setahu aku, xde orang kat sini sebelum aku jatuh tadi. Mungkin aku x perassan kot.

Aku: Eh?! Waah!!!

Aku telah terjatuh ke atas badan seorang lelaki?. Nasib baik aku x jatuh betul-betul atas badan dia. Cuma kat kaki je. Tapi kenapa ye aku x perasan yang aku jatuh atas orang tadi? Mungkin sebab tergesa-gesa naik tangga nak balik umah. Eh, lelaki tu sakit x, dihempap aku yang berat ni?

Aku: Ma....maaf! Maaf sesangat!

Bila aku sedar yang aku telah jatuh atas lelaki ni, aku segera bangun. Terkejut beb!

Dia: Tak apa. Awak tak apa-apa ke?
Aku: Saya takpe....sebab awak dah 'tolong' saya tadi......

Mestilah aku x apa-apa. Ada alas masa aku jatuh. Eh, cermin mata lelaki tu...

Aku: Ah.....cermin mata awak dah pecah.

Bersalah giler aku. Dahlah jatuh atas orang, pastu pecahkan cermin mata dia pulak. Adoyai....

Dia: Eh, okey je...
Aku: Saya minta maaf sebab menyusahkan awak!

Wah....Apa aku dah buat ni? Lebih lama aku dengan dia di sini, lagi aku rasa bersalah. Lebih baik aku cabut lari cepat-cepat. Dengan gagah dan pantasnya aku berlari menaiki anak tangga menuju ke rumah. Lelaki itu memakai cermin matanya dan melihat aku yang sedang gopoh menaiki tangga. Dia merenung dengan pandangan mata yang sukar untuk aku tafsirkan. Aku berpaling semula ke belakang melihat lelaki tersebut. (Boleh rasa tau aura dia...) Itulah malam pertama aku dengannya.

Aku: Nanti....Mamat tadi tu bukan ke.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment