SERIBU SATU MALAM (10)

Dia dah ada gadis idaman dia sendiri…..

Di rumahnya sekarang ni, sedang menulis manuskrip untuk dia buat kali terakhir.

Dia: “Tamat”
Aku: ini ke penamat cerita awak? Pembaca wanita mesti x suka sebab lelaki tu rupanya jahat.
Dia: Eh… Betul ke? Menarik x cerita tu?
Aku: Erm…Saya suka.

Aku betul-betul xde semangat sekarang ni. Masing-masing senyap sekarang ni. Beku. Xde apa yang perlu aku cakap. Dia dah buat keputusan…..

Dia: Terima kasih sebab dah banyak membantu. Saya akan hantar awak balik ya.

Malam ni adalah malam terakhir dengan dia. Selepas ni, aku xkan dapat datang lagi ke rumah dia. Tolonglah…. Tolonglah…. Aku nak lebih lama dengan dia. Aku nak tahu pasal dia dengan lebih mendalam. Aku rasa sekejap je dengan dia. Aku x pernah tahu warna kegemaran dia. Siapa yang telah menambat hati dia. Aku rasa betul-betul x bermaya. X mampu nak bangun dari kerusi mahal dia ni.

Malam ni adalah kali terakhir dia hantar aku balik. Aku memandang ke atas melihat langit.

Aku: banyaknya bintang…
Dia: Yalah. Sebab malam ni bulan x berapa cerah jadi senanglah nak tengok bintang.
Aku: Owh, begitu rupanya.

Kenapa aku rasa macam nak nangis ni? Air mata dah bergenang di kelopak mata. Mungkin sebab mataku kering kot. Berair bila kena tiup dengan angin.

Sebelum ni…

Aku susah nak ada perasaan terhadap seseorang. Hatiku beku.
Akhirnya…..

Bila aku bertemu si dia…..

Bila aku sangkakan aku dah jumpa insan istimewa….

Aku: Okey. Terima kasih banyak-banyak. Tangan awak dah okey? Awak dah terbitkn siri baru kan?
Dia: Emm. Dah sembuh.
Aku: Yakah..?
Dia: Siri ni cerpen cinta tau.
Aku: Saya tahu.
Dia: Nanti bacalah ya.
Aku: x mahu.
Dia: Janganlah cakap macam tu….
Aku: Saya kata x mahu, x mahu lah!
Dia: tolonglah baca boleh x?
Aku: X mahu. Saya x  mahu baca karya awak yang tu.

Sebab….

Aku x kan wujud pun dalam cerita tu kan?

Kenapa aku tiba-tiba menitis air mata ni? Jangan! Jangan menangis. Aku x boleh menangis di hadapan dia. Aku x boleh bongkarkan rahsia hatiku. Aku xnak dia tahu.

Dia: Mai…Maafkan saya.

Betullah tu kan?


Aku dah agak. Aku x sepatutnya menaruh perasaan terhadap dia. Siapalah aku ni.  Dah jelas, yang aku ni bukan type dia.


Trademark: Amoisoya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

suk said...

ada mcm cite korea coffee house. tp ada kelainan la. haha anyway, nice story. next episode pls. keh3.

Amoi_Soya said...

terima kasih......xtau plak sy lbh kurang ctr coffee house....next episode, adalah episode akhir......nanti akn keluar cerita baru pula.....tp sy x pasti bila lg sy akn post cerita baru.....hehehe..

Post a Comment