SERIBU SATU MALAM (2)

Di dalam sebuah kedai buku, yang sederhana je luasnya. Tersusun buku-buku di rak yang sesuai mengikut kategori. Kedai ni menjual majalah, novel dan buku cerita kanak-kanak. Setiap buku juga ada labelnya. Ada yang  diletakkan dalam fiction, science fiction, politik,masakan, romantik dan sebagainya. Di satu bahagian, aku sedang menyusun buku-buku yang baru ditempah ke dalam rak yang sesuai. Kemudian, datang pulak mamat yang aku cukup-cukup x berkenan. Aku namakan dia, mamat perasan (MP)

MP: Awak.......

Geli geleman aku dengar suara dia gedik-gedik macam tu. Ingat aku ni apa? Boleh tadah-tadah telinga aku ni dengar suara dia? Please la.....Memang aku x layan dia. Buang masa aku je. Lebih baik la aku susun buku ni cepat-cepat.

MP: Eh! Saya panggil awak la. Jom gi minum nak? Pukul berapa awak habis kerja arini?

Eeeiiii...Bengangnya aku. Dia x faham ke? Bila aku x layan dia maknanya aku memang menyampah dengan dia.

MP: Kenapa awak bazirkan masa kerja kat kedai buku ni?
Aku: Sebab saya suka baca buku lah.
MP: Pelik giler! Mengarut je awak ni! Wajah awak tu senang-senang je boleh ngap lelaki tau tak? Nak ngap saya pun okey je~

Eeee...apehal plak dia cakap macam tu. Dia ingat aku ni wajah pelayan kelab malam ke?! Dahlah aku tengok dia tu macam samseng jalanan. Tindik sana sini. Subang kat hidung, mulut, telinga. dah macam lembu pun ada aku tengok.

Aku: Bukannya saya guna wajah untuk baca buku pun kan? Tumpang lalu sikit!

Eh, main block-block jalan plak. Lebih baik aku blah cepat dari kawasan ni...Aku pun mengadu kat rakan sekerja lelaki aku (RSL).

Aku: Aku x tahan la dengan perangai mamat tu! Kau tau hargai karya sastera ke?

Geram giler aku. Apa tujuan dia datang kedai kalau macam tu punya perangai.

RSL: Biasalah....Pelanggan yang datang sini kebanyakkannya nak mengorat kau.
Aku: Pelanggan macam tu xkan membantu kadar jualan! Kalau kau dah tengok dari tadi, patutnya tolonglah aku sikit!
RSL: Laaa...kau kan dah biasa..Jadi aku ingat kau senang je nak patahkan ayat mamat tu.
Aku: Apa kau cakap?

Hampeh punya kawan. Ada ke patut dia cakap macam tu kat aku. Bukannya nak tolong. Lagi perli aku ada la....Ingat aku ni perempuan murahan ke? Teruk betul! Baru aku nak balas cakap dengan dia, rakan sekerja perempuan(RSP) panggil RSL.

RSP: Awak.......Kita ada tak tajuk buku ni kat kedai kita?
RSL: Tajuk apa? Biar saya carikan.

Kurang ajar betul! Aku pun nak ada wajah suci camtu. Lelaki hanya mementingkan penampilan luaran je. Wajah aku x suci ke? Xde kesopanan dan kesusilaan? Muka aku ni macam perempuan yang senang dengan lelaki ke? Tengah aku mengelamun, datanglah pelanggan ke kedai.

Pelanggan 1: Ah! Buku terbaru Khairul Miswan dah ada.
Pelanggan 2: Yakah? Saya nak pinjam nanti boleh?

Hmmm? Khairul Miswan? Macam biasa dengar je.Baik aku gi tengok macam mana wajah penulis tu. Buku penulis ni memang laris.....Kena pesan lagilah....Aku pun try selak buku tu nak tengok biografi penulis & Khairul Miswan tu adalah lelaki yang aku hempap hari tu. X sangka!

Aku: Eh....?!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment