SERIBU SATU MALAM (3)

Tengah aku asyik melihat muka dia (nak cam la konon), ada sorang lelaki ni tegur aku.

Dia: Eh! Awaklah yang hari tu kan?

Aku dah agak! Dialah yang kene hempap dengan aku hari tu! Boleh pulak dia cam aku.

Dia: Betullah. Saya pernah nampak awak sebelum ni.....Sebab saya memang pelanggan tetap sini.
Aku: Maafkan saya sebab hal aritu!
Dia: Jangan fikirkan sangat. Takpe. Saya cuma lega...sebab awak x apa-apa.

Ketika lelaki tu kata x apa-apa,  aku telah ternampak tangan kanan dia berbalut. Berbalut? Biar betul?! Aku x salah tengokkan? Curious la aku.....tanya lah dia....

Aku: Err....Kenapa tangan.......awak berbalut?
Dia: Ni ke? Sebab hari tu lah. Saya dah ke hospital tapi masih sakit lagi. Saya x boleh menulis kalau macam ni.

Alamak! Apa aku dah buat? Aku telah patahkan tangan seorang penulis. Apalah ertinya bagi penulis alau tangannya jadi macam ni. Apa aku nak buat? Tiba-tiba suasana menjadi gelap gelita. tanpa ada penghujung jalan buat ku. (imaginasi aku je tu~). Apa.....aku patut buat sekarang? Aku kene bayar kos perubatan dia ke? Gaji penulis popular...berapa agaknya? Berpeluh-peluh aku fikir. Punoh la gini.....

Dia: Saya sekarang tengah mencari pengambil rencana yang boleh catatkan carita saya. Dia akan catatkan apa yang saya cakap. Dahlah deadline nak dekat.......

(sambil matanya menjeling ke arah aku)

Dia: Saya x kisah kalau orang tu buat kerja ni lepas kerja separuh masanya.

Dalam keadaan begini...............

Dia: Habislah.....Tangan saya semakin sakit sebab tertekan dengan deadline....

Agaknya ada x orang yang boleh terlepas dari kancah ni? 

Ini adalah malam kedua bersamanya....

Dia: Selamat dataaannggggggg....Duduk sini lah ye?
Aku: Saya boleh duduk atas lantai je!

Nampak mahal je kerusi ni....

Dia: Takpe.....Saya pun boleh fikir lagi best kalau saya baring atas sofa ni.

Sofa.....Dia suruh aku datang ke rumahnya. Malam pulak tu. Dia ingat aku ni perempuan kelab malam ke?

Dia: Nah. Pen dakwat basah dengan kertas tulis.
Aku: Hah?!

Si dia memberikan aku dua set kertas kajang dan sebatang pen?! Biar  betul? Apa yang dia nak suruh aku buat? Xkan nak tulis guna tangan?

Aku: Awak tulis tangan ke? Kolotnya! Berapa tahun baru boleh siap?
Dia: Kalau menulis, idea akan keluar mencurah-curah. lagipun, prinsip saya, nak berjaya x semestinya bergantung pada komputer semata-mata.
Aku: Masa dulu kan komputer x.....
Dia: Saya mula cakap ye.

Apa hal plak ni? Eh, dia ni......

Aku: Tung......Tunggu jap! Apa dia? Saya x pandai sangat menulis laju-laju (senang cakap, lambat pick up..de....). Tolong ulang apa awak cakap tadi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Syafiq said...

hai~~...Bagi saya..cerita ini menarik..dan untuk komen di mana part yang ini "Dia: Habislah.....Tangan saya semakin sakit sebab tertekan dengan deadline...." dan ini "Agaknya ada x orang yang boleh terlepas dari kancah ni? Ini adalah malam kedua bersamanya."..bagi saya,plot penukaran scene tidak begitu jelas..
Sebagai cadangan,boleh asingkan utk ayat ini Agaknya ada x orang yang boleh terlepas dari kancah ni? Ini adalah malam kedua bersamanya."
kepada "Agaknya ada x orang yang boleh terlepas dari kancah ni? " dan ini "dan membawa aku kepada malam kedua bersamanya.."

apik pehe said...

hehehe..try cari shoutbox..tapi takder..hehehe

Post a Comment