SERIBU SATU MALAM (4)

Aku patutnya cabut lari je! X tahulah dah pukul berapa sekarang. Bila nak selesai ni?? Hemmm...

Aku masih meneruskan penulisan aku. Dia x berhenti bercakap dialog-dialog yang perlu ditulis. Banyak juga idea-idea dia. Aku ada juga cuba memahami apa yang dia nak sampaikan dalam cerita dia. Hemm..menarik juga cerita dia ni. Tapi kan, bila nak berhentinya? Tangan aku dah letih ni.

Haa....akhirnya selesai juga. Lusuh kertas tu aku buat. Comot giler! Aku pun bagilah kertas-kertas tu semua kat dia. Dia pun menyemak semua penulisan aku. Xdelah terlalu teliti dia semak. Baguslah. Aku pun x sanggup suruh dia tengok tulisan "comel" aku. Masa yang dia ambil, xdela lama sangat. 

Dia: Ya.....Yang ni boleh diterima.

Huu...siap pun. Lega giler aku. Dapatlah aku balik. Nak balikkk....

Dia: Salin semula dalam kertas bersih.

Apa?! Salin semula? Xnaklah! Lenguh dah tangan ni. Rasa macam nak tercabut.

Dia: Esok ajelah kita sambung ya.

Hah??!!! Apa dia? Sambung esok?. Xnak!!! Aku ingatkan malam ni je aku perlu datang. Malam esok pun kene?

Aku: Bukan hari ni je ke? Berapa lama tangan awak sembuh?
Dia: Saya kena siapkan 3 cerita bersiri dan 2 esei. Awak mungkin x pernah baca semua tu kot....Saya kena menulis setiap hari.
Aku: Saya ada kerja lainlah!
Dia: Aduh....Sakitnya jari saya...
Aku: Ughh....

Aku rasa...dia ni x pandang aku sebagai seorang wanita pun. Tapi, bagus gak begitu..

Dia: Terima kasih atas kerja awak. Saya temankan awak ke stesen ya. Sejak akhir-akhir ni ada ramai lelaki hampeh berkeliaran.
Aku: Xpelah. Saya dah lali dengan semua tu.
Dia: Maksud awak? Awak bukan macam tu kan?

Woo....terkedu aku bila dia tanya macam tu. Dengan pandangan mata dia yang tajam. Pandang aku hujung mata je pulak tu.

Dia: Kenapa? Awak suka ke kalau lelaki pelik ganggu awak?
Aku: Yelah tu...

Perjalanan balik sekejap je dah berakhir. Aku ingatkan penulis ni golongan elit dan kerek. Tapi, x sangka pulak mereka ni pun macam orang-orang biasa seperti aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment