SERIBU SATU MALAM (5)

Sekarang aku dah makin lancar menulis. Apa yang dia cakap, aku dapat tangkap tanpa suruh dia ulang semula. Pastu, untuk mengelakkan dari aku tersalah dengar apa yang dia cakap, aku akan ulang balik setiap kali dia bertutur.

Dia: "Awak x rasa macam tu? Penutup kata."

Malam ke-5 bersamanya. Aku tetap rancak menulis. Aku berharap sangat dapat habis awal.

Dia: "Baris baru. Kini Talhah sudah kehilangan kata-kata. Titik." Nak minum milo lah pulak.
Aku: Nak minum milo la pulak....
Dia: Saya sendirilah yang nak minum milo~
Aku: Tapi baru tadi saya tuangkan! Awak ni kuat betul minum milo!
Dia: Eleh. Kalau macam tu, tolong pegangkan ni.
Aku: ...................

Kenapa aku kena pegangkan permainan budak-budak dia ni?! Apa benda ni? Aku x minat langsung. Bikin aku panas je.....

Dia: Pasukan *kabikabi makin mendekati! **Hajikenja serang!

*kabi bermaksud bakteria
**hajikenja mungkin berasal dari gabungan perkataan aji-pegang dan hajikeru-potong atau pecahkan.

Aku: BUAT KERJALAH!!!
Dia: Oh, dah siap pun. Kita tangguh isu seterusnya.
Aku: Apa? Camni je? Apa jadi pastu?
Dia: Hahaha! Awak teringin nak tau ya? Rahsialah~

Aku x pernah baca satu pun karya dia. Tapi aku dapat rasakan yang dia ni bukan jenis berpura-pura. Gila ah...Terer plak aku boleh tafsir-tafsir orang ni. Lagi pulak, aku kena tulis karya sains fiksyen untuk hari pertama! Sekarang buat karya misteri pulak. Banyaknya genre karya yang dia buat...

Dia: Alah....Saya terpaksa habiskan baca buku 'Sejarah Moden Awal' esok.

Esok aku kene tulis tentang sejarah pulak ke? Lelaki ni....Dia buat aku tertanya-tanya tentang diri dia.

Dia: Yah!!....Yah!!....Lawan....Lawan....

Betullah...Apa jenis orang dewasa ni....

Dia: Eh,....Mai, awak suka baca buku jenis apa?
Aku: Eh? Novel cintalah kot.
Dia: Novel cinta ya? Tapi saya akan rasa macam luahkan perasaan saya sendiri. Sebab tu saya x berani buat genre tu.
Aku: Awak cubalah tulis novel cinta. Mesti ramai orang nak baca....Pastu mesti buku awak laris giler!
Dia: Tapi buku-buku saya memang dah laris ni...
Aku: Amboi.....Berlagaknya....
Dia: Hahaha...Mungkin x lama lagi saya akan tulis gak. Nanti semua orang akan tahu siapakah gadis idaman saya. Kan sama macam luahan perasaan namanya tu? Umm...

Terpegun aku tengok reaksi muka dia. Pandai jugak dia buat muka tersipu-sipu gitu. Hahaha...Dia malu bila bercerita pasal hal peribadi. Sweet!

Dia: Okeylah! Saya temankan awak balik.

Lelaki ni.....Kalau dia bercinta, macam mana gayanya ya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment