SERIBU SATU MALAM (6)

Seperti biasa, rutin harian aku, datang bekerja di kedai buku ni. Cantik, kemas. Banyak buku pulak tu. Aku suka melihat buku tersusun banyak di rak buku. Buku yang sentiasa dibersihkan dan selalu je ada pelanggan yang datang membeli. Kira, famaous jugakla kedai buku ni. Kadang-kadang, aku terfikir, macam mana kalau..bila aku ada pakwe. Nak ajak dia dating x kat kedai buku? Kihkihkih..Gila x romantik.  Macam mana pulak kalau dia jenis yang x suka lepak kat kedai buku? Bosan la aku macam tu. Aku suka duduk lama-lama kat kedai buku. X pergi mana-mana pun xpe. Asalkan dapat tengok buku-buku ni semua. Especially buku yang aku minat. Rasa macam nak duduk situ je baca. Kalau dapatlah...Angan-angan lebih je aku ni. Hemmm....Ah......Dia datang. Apa yang dia beria-ia tengok tu?

Khairul masuk ke kedai  dan kelihatan seperti mencari-cari sesuatu. Tidak pasti apa yang dicarinya. Mundar-mandir di sekitar koleksi buku-buku yang baru diterbitkan. Lalu, pekerja perempuan(RSP) di situ menegur Khairul. Dia nampak kacak la hari ni....Ngeh ngeh ngeh~ Baju lengan panjang...Ha...baru aku perasan yang dia tinggi sebenarnya. Cantik kakinya. Panjang....Eh, kenapa aku observe dia pulak ni? Shuh! shuh! Aku pukul-pukul pipi tembam aku. Banyak sangat berangan hari ni.

RSP: Encik ni Encik Khairul kan? Penulis terkenal tu?Terima kasih sebab menjadi pelanggan tetap kami. Encik Khairul mesti nak beli buku kan? Biar saya carikan ya..... Buku yang macam mana Encik Khairul minat?

Jeles! Aku jeles! kenapa aku x boleh buat muka macam tu? Kenapa aku x boleh bercakap manis dan lembut macam tu? Mesti Khairul terpikat dengan kelembutan dia! Aku ni dah macam stalker pulak. Tengok dua orang tersebut berborak. Plus, RSP buat muka macam tu pulak. Gedik!

Dia: Saya ok je.
RSP: Tapi...
Dia: Taklah. Sebenarnya.....saya lagi suka berurusan dengan cik adik ni.

Khairul menarik lengan aku. Biar betul?! Beraninya dia buat aku macam ni depan khalayak ramai. Depan rakan sekerja pulak tu.

RSP: Hah?!
Dia: Begitu jelah ye. Cik.....buku tentang perhubungan di rak mana?
Aku: Kej.....saya? Kat sini bukan kelab malam , tahu x? Jangan tariklah!
Dia: Tapi....budak permpuan tadi....Kalau saya tanya dia pun, bukannya dia tahu nak cari kat mana. Jadi, camne dia boleh cakap yang dia nak tolong saya pulak?

Aku nampak dia mengeluh. Kenapa dia mengeluh macam tu? Lelaki ni................

Aku: Tadi awak cari apa sebenarya?
Dia: Ah! Penanda kecik macam ni. Bertulisan tangan.

Setiap buku akan diletakkan penanda kecil. Dilabelkan mengikut genre dan penulis. Penanda tersebut dibuat agar memudahkan pelanggan mencari buku yang mereka minat.

Dia: Awak tuliskan semuanya x?
Aku: Camne awak tahu? Tapi bukan semunya saya tulis.
Dia: Tulisan ni sama dengan tulisan di manuskrip tu. Saya dah lama perasan adanya seorang pekerja ni yang rajin sangat. Mai rupanya..........Saya pun perasan gak yang pekerja ni x pernah letak penanda kat buku saya. Memang x bacalah tu....
Aku: Sori....

Kantoi pulak yang aku x pernah baca buku-buku penulisan dia. Hohoho.....

Dia: Tapi hari ni saya perasan dah ada penanda kat buku saya. Awak dah baca karya saya...Saya ucapkan terima kasih. Tapi rasa macam dipuji lebih sangatlah pulak. Hahahaha....


Apa harus aku lakukan? Aku rasa bahagia. Dapat buatkan lelaki ni gembira buatkan aku rasa gembira jugak. Tapi, kenapa muka aku x mampu nak senyum? Apa yang aku rasa sekarang?


Trademark: Amoisoya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment