SERIBU SATU MALAM (7)

Malam ni aku datang rumah dia lagi. Menjalankan kerja wajib aku iaitu menjadi pembantu penulis. Hari ni dia x cakap banyak seperti selalu dan dia nampak tergesa-gesa nak siapkan kerja. Tapi, aku abaikan je. Itu mungkin khayalan aku.

Dia: "Dengan itu....Salman terus lenyap di luar Klang. Titik". Okey x?
Aku: Okey sangat. Kita dah selesaikan semuanya.
Dia: Hari ni xde yang perlu diperbetulkan. Memang saya ni bakat besar dalam penulisan kot?
Aku: Saya xnk jawab soalan tu.
Dia: Baguslah....Nampaknya hari ni awak boleh balik awal.

Ha? Balik awal? Biar betul? Kenapa aku macam xleh nak terima pulak? Kalau x, sebelum ni, aku asyik x sabar-sabar nak balik awal je. Tapi, hari ni.....dia pulak suruh aku balik awal. Aku rasa janggal.

Aku: Kena buat latihan bersih ke?
Dia: Xpayah. Sebab yang ni pun dah bersih.
Aku: Milo.....
Dia: Saya boleh bancuh sendiri. Saya temankan awak balik, ya.

Terasa macam dihalau pulak...Hemm...Aku nak bercakap-cakap denganmu. Sekejap pun x mengapa....Ini adalah malam ke-10 dengannya.



Trademark: Amoisoya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment