SERIBU SATU MALAM (8)

Hari ni hari minggu. Rasa nak keluar jalan-jalan pula. Bosannya jalan sorang-sorang. Sekarang musim hujan. Rasa sejuk je. Tapi, malam ni x hujan pula. Bagus jugak kan? Malas nak bawa payung ke hulur-hilir. “Hello cik adik. Ada masa x sekarang?” Dua orang mamat tegur aku.

Aku: Ya, kenapa?
2mamat: Kami nak bagi tawaran kat adik ni.
Aku: Tawaraan apa?

Bla……Bla…..Bla…..Bila aku dengar tawaran tu, aku langsung x minat. Malas la aku. Serius!  Aku x minat. X rela you~ Eh, apehal plak mamat ni tarik-tarik tangan aku. Dah aku kata aku x minat, aku x nak. Janganlah paksa! Mana aku nak lari ni? Aku try la pandang-pandang belakang, kot-kot ada jalan untuk lari. Ah!

Aku: Ah! Awak nak ke mana?

Hehehe…. Aku bertembung dengan dia! Gembiranya. Selamat aku. Cepat-cepat aku tarik tangan aku dari mamat tu dan berlari ke arah dia. Memang mamat 2 orang tu bengang dengan aku. Biarlah! Bukan hal aku.

Dia: Saja jalan-jalan. Hari ni awak cuti ke?
Aku: Erm. Pelik lak rasanya bila kita bertembung kat luar kedai buku atau rumah awak.
Dia: Siapa mamat tu semua? Gaduh ke?
Aku: Xlah. Tawaran biasa.
Dia: Tawaran? Tawaran jadi model kah?
Aku: Model pakaian renang.

Tu sebablah aku xnak terima tawaran mamat tu. Lagipun, aku memang x minat nak jadi model. X kiralah model apa pun even model gigi. Hehehehe….

Dia: Temankan saya jalan-jalan, boleh?
Aku: Awak xyahlah risaukan saya. Nanti orang ingatkan awak ni ‘bela’ saya pulak.

Kenapa dengan mulut aku hari ni? Xboleh nak berhenti cakap plak. Cakap benda-benda yang menyakitkan hati dia plak tu. Tolong! Seseorang tolong hentikan semua ni.

Aku: Saya dah biasa. Jadi x mengapalah. Nanti orang lain tengok macam mana? Encik Khairul kan…..
Dia: Hei. Apa awak cakap ni? Jangan cakap yang bukan-bukan. Siapa yang berani cakap macam tu?

Wooo…. Suaranya. Suara yang macho, menendang gegendang telinga aku sampai aku tergamam. Err….apa aku nak jawab?

Aku: Tapi…. Saya memang selalu terima tawaran macam tu.
Dia: Dah makin sejuk ni. Jom. Saya bawak awak jalan-jalan.

Dia senyum? Dia x kisah ke pandangan orang lain terhadapku?

Dia: Ada seorang mamat ni badan kental gila tapi buat kek comel ya amat! Sedap pulak tu!

Aku….dah mula menyukai lelaki ni. Haaa…. Makin sejuk pula malam ni. Tiba-tiba rasa janggal. Dua-dua senyap.

Aku: Sejuknya….

Mungkin dia dengar apa aku cakap. Matanya menjeling ke arah aku. Jarak antara kami semakin rapat. Dup dap dup dap! Berdebar jantung aku. Semakin menghampiri dan akhirnya dia memegang tangan aku. Kenapa aku rasa nak menangis? Air mata dah bergenang. Janganlah air mata ni jatuh.

Dia: Wah…. Malam ni bulan penuh.

Begitulah akhirnya…. Malam ke-15 dengannya.

TRADEMARK : AMOISOYA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment