SERIBU SATU MALAM (9)

Di kedai tempat aku bekerja….rakan sekerja lelaki (RSL) aku tegur aku.

RSL: Mai….. Encik Khairul dah terbitkan siri baru. Aku suka gak buku ni. Buku-buku terbitan dia memang menarik.
Aku: Yakah?

Ya x ya juga…. Dia kan dah habiskan dua buku….

RSL: Dalam majalah tu ada iklan bukunya. Tengok ni hah.

RSL pun selak majalah yang mengandungi iklan buku Khairul yang terbaru. Dalam iklan tu tertulis Buku Siri Terbaru. Mana-mana buku baru yang diterbitkan akan di promote di ruangan ini. Eh, Khairul buat buku cinta? Dia hasilkan kisah cinta? Hemm.. tajuknya… SERIBU SATU MALAM. Seribu satu malam? Aku seperti tertarik dengan buku terbaru dia ni.

“Tapi saya akan rasa macam luahkan perasaan saya sendiri. Nanti semua orang akan tahu siapakah gadis idaman saya. Kan sama macam luahkan perasaan namanya tu?”

Tiba-tiba aku teringat dialog yang pernah dia cakap dengan aku. Siapa agaknya gadis idaman dia? Berdebar-debar pulak. Rasa macam nak tanya dia terus. Aku nak tahu siapa perempuan yang berjaya menarik perhatian dia.

RSL: Encik Khairul ok ke? Aku dah lama x jumpa dia.
Aku: Kenapa tanya aku pulak?
RSL: Bukan ke korang kapel?
Aku: Taklah……

Sapa pulak buat cerita ni? Kata aku kapel dengan Khairul. Aku bukan mesra sangat dengan Khairul. Jarang bercakap dan aku x rasa pun dia pandang aku sebagai seorang wanita. Impossible la kalo kitorang kapel.

RSL: Eh… ada desas desus bahawa kau pergi rumah Encik Khairul tiap-tiap malam.

Apa?! Ada orang nampak ke? Alamak…!!! Cool bebeh. Cool…. Jangan buat orang salah sangka. Kena betulkan keadaan semula.

Aku: Sebab aku kene tolong dia buat catatan…
RSP: Betul la semua tu ye? Berani betul awak pergi rumah dia…..walaupun xde hubungan kekasih. Kalau sayalah….

Eh…. Kenapa dia ni? Saja nak cari pasal dengan aku ke? Kenapa dia cuba provoke macam tu? Jahatnya.

Aku: Aku dah cakap, aku ke sana sebab nak tolong dia….
RSP: Alaaa…..x payah nak cover line la. Saya memang dah tau awak ni jenis perempuan keji.

Kasarnya bahasa dia.! Harap muka je cantik.!

RSP: Awak kan memang usha ikan besar macam tu.? Hahahaha!

Usha ikan besar?! Jantung aku rasa macam nak letup!

Dia: Saya rasa lagi keji…..kalau buat tuduhan macam tu. Betul x?

Ah! Dia datang! Dia datang selamatkan aku dari keadaan yang kucar-kacir ni.

Dia: Mai x tipu. Dia memang tolong buat catatan untuk saya. Awak x nampak tangan saya ni? Kalau x puas hati lagi, saya bawakkan manuskrip saya nak?
RSP: Tapi….
Dia: Lagipun….kerjanya akan tamat hari ni.
Aku: Apa?!
Dia: Maknanya, hari ni lah kali terakhir jemput dia bertugas di rumah saya.

Apa dia?

Trademark: Amoisoya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment