SERIBU SATU MALAM (END)

Malam terakhir bersama dia. Malam yang penuh dengan bintang sama seperti malam pertama aku bertemu dengan dia. Cuaca malam ni sungguh dingin. Sedingin hubungan kami.

Dia: Selama ni…. Saya dah tipu awak.

Ha? Apa yang dia cakap ni? Apa yang dia tipu aku?

Dia: Seperti yang awak lihat sekarang.

Tangan dia! X berbalut. Dia gerak-gerakkan jarinya dengan pantas. Pelik. Dah baik sepenuhnya ke? Dia x rasa sakit? Eh!

Aku: Aa….Ap….
Dia: Hanya ada satu….

Dia meletakkan tangannya di atas bahu aku. Tangannya yang patah tu.

Dia: ……alasan untuk semua ni.

Bagaikan di alam khayalan….

Dia: Mai…….saya harap sangat awak baca karya terbaru saya tu. Sebab kisah ni….

Sekarang ni, dia peluk aku. Aku betul-betul x mampu menahan air mataku. Ia jatuh xpa henti. Air mata yang aku sendiri x ingat, bila kali terakhir aku alirkan.

Dia: ……bermula dengan cerita bagaimana saya bertemu gadis idaman……yang tiba-tiba jatuh dari langit dan terus ke pelukan saya.

Itulah. Itu semua…..kisah yang xkan ada pengakhirannya. Kisah seribu satu malam.

TAMAT.


Trademark: Amoisoya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Syafiq said...

ala~~..dah abis k?..bru nk baca lagi kesudahan percintaan mereka..Teruskan berkarya yer...3sword.blogspot will always follow you...

suk said...

boleh buat novel ni. haha. btw, sweet sangat lah komen kat atas ni. aww~ hak3

Amoi_Soya said...

suk: x dapat nk buat novel....cerita pendek2 jer..hehehe....
3sword: terima kasih atas sokongan awak..hihi..

Post a Comment