BIJAK............BIJAK.........



Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.

Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah
Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KORANG TAU TAK??



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

 

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

 

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

 

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
 
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 WARNA BUNGA MAWAR & MAKSUDNYA


KUNING: PERSAHABATAN, KEJAYAAN & KESIHATAN
Sepanjang sejarah, warna kuning lebih lebih berkait rapat dengan matahari membuatkan bunga ini sangat baik untuk menggembirakan orang. Mawar kuning membawa maksud penghargaan dan cinta platonic tanpa terlibat dengan keromantisan warna lain. Warna kuning mewakili perasaan gembira.





MERAH: PENYAYANG & ROMANTIK
Warna yang paling femes antara semua warna, iaitu warna merah yang melambangkan cinta sejati. Ia juga telah muncul sepanjang sejarah dan seluruh budaya kerana kedua-duanya merupakan symbol politik dan agama.





OREN:  KEINGINAN, SEMANGAT DAN PENGHAYATAN
Gabungan antara warna mawar merah, kuning dan oren dilihat sebagai jambatan antara persahabatan yang dilambangkan oleh bunga mawar kuning dan kasih sayang yang diwakili oleh mawar merah. Ia boleh menjadi ungkapan daya tarikan atau hadiah untuk mengatakan “Saya Bangga Dengan Awak”.





PINK: CINTA, TERIMA KASIH & PENGHARGAAN
Pink membawa maksud rahmat dan keanggunan serta manis dan puitis romantik. Warna pink gelap adalah simbolik terima kasih dan penghargaan dan merupakan cara lama untuk mengatakan terima kasih. Warna pink terang dikaitkan dengan lemah lembut dan kekaguman dan juga boleh digunakan sebagai ungkapan peribadi.





PUTIH: KESUCIAN, KEMURNIAN, SIMPATI & KEROHANIAN
Pada mulanya warna putih digunakan sebagai symbol untuk cinta sejati, sebuah persatuan di mana akhirnya warna merah yang menjadi simbol utama. Mawar putih juga dikenali sebagai bunga pengantin dan merupakan bunga tradisi bagi pengantin. Mawar putih mewakili perpaduan, kebaikan, dan kesucian cinta. Mawar putih jga dikaitkan dengan maruah dan rasa hormat yang menjadikan ia sesuatu memori yang sesuai untuk mereka yang tersayang apabila kita berada jauh dari mereka.





LAVENDER (UNGU): PESONA, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI & CINTA PANDANG PERTAMA
Warna ungu mempunyai persatuan tradisional dengan kesetiaan. Dalam erti kata lain, mawar ungu dicadangkan untuk Agong, keagungan dan keindahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGEMBALA KAMBING

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (END)

Aku menuju ke bilik kelab bola sepak. Di situ, aku melihat minah tu masih berada di dalam bilik. Video terpasang dan dia sedang khusyuk menonton, buat rujukan lagi? Agaknya ada x dia buat analisis pasal aku?

Aku….selama ni memang nak dia puji aku. Aku nak penghargaan dari dia. Entah kenapa….pujian dari dia lebih bernilai dari orang lain.

Jadi, bila dia x tunjukkan reaksi yang aku inginkan….aku pun tetiba jadi sentap. Terus aku mengamuk kat dia. Apa menda yang aku rasa ni?

Lalu Taqiuddin membuka pintu bilik. Mizan terkejut dengan kehadiran Taqiuddin dan sepantas kilat menutup tv.

Aku: Kak….

Eh…..kenapa minah ni macam kelam kabut sangat?

Aku: Kenapa….kenapa awak tutup tv tu?
Dia: Xde apa. Video tu rakamannya teruk sangat.
Aku: Pasang balik!

Kalau nak harap dia yang pasang, hem! Sampai ke sudah, x mungkin dia pasang. So, aku pun buat tindakan drastik dengan merampas remote tu dari tangan dia.

Dia: Hen…hentikan!

Apalah…..ini bukan tujuan asal aku. Aku……

Video yang ditayangkan menunjukkan Taqiuddin sedang berlatih bermain bola sepak. Semua scene dalam video tu hanya menunjukkan wajah Taqiuddin sahaja. Ketika Taqiuddin sedang tersenyum, serius….

Ini kan….

Taqiuddin benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dia: Kenapa…..kenapa kau…benci sangat kat aku? Kau selalu jeling aku pastu kau suka menyindir aku. Kau x pernah bersikap elok dengan aku.

Ketika ini, Mizan sudah mengalirkan air matanya.

Kitorang ni…rupanya fikirkan hal yang sama.

Aku: Kak…..

Xtau nak buat apa dengan segala perasaan yang bergolak dalam jiwa. Samalah macam kucing peliharaan.

Aku nekad memegang tangannya dan merenung matanya…..

Aku: Banyak cara lain…untuk buktikn cinta kita.

Saat ini, kata-kata pun dah x berguna.

TAMAT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (5)

Selepas beberapa hari, sejak kejadian tersebut, aku telah mendapat berita yang menggembirakan.

Kawan1: Taqiuddin dapat masuk kesebelasan utama?
Kawan2: Tipu! Tahun 3 boleh ke?
Aku: Betullah ni! Cikgu yang cakap.
Kawan3: Apa? Hebatnya, Taqiuddin!

Hehehe……Aku rasa macam nak lari kat dia dan bagitau berita baik ni. Agak-agaknyalah….dia akan suka x?

Owh, kebetulan pula bertembung dengan dia ketika aku nak naik tangga menuju ke kelas.

Aku: Kak Mizan! Awak dah tahu ke? Saya dapat masuk! Saya masuk kesebelasan utama. Hebat kan?
Kawan1: Taqiuddin, awak ni seronok betul!
Aku: Diamlah~

Aku memang terlalu gembira dengan kejayaan ni. Kembang kempis lubang hidung aku.

Aku: Eh, kak…..
Dia: Dah dapat ke? Berlagak betul…..

Apa?! Apa…Apa dah jadi ni?

Dia berlagak macam xde apa-apa yang pernah terjadi antara kitorang.

Latihan bola sepak tetap dilakukan seperti biasa. Suasana lebih teruk berbanding sebelum ni. Ramai senior yang mengeluh.

Senior1: …………….
Senior2: Haih………

Situasi hari ni…..lebih tegang dari biasa. Ceh…..CEH! CEH! CEH! Langsung x tengok aku pun.

Mizan hanya buat hal sendiri je. Langsung x memandang Taqiuddin. Taqiuddin menjadi sangat bengang. Diperlakukan Taqiuddin seperti orang luar.

Pada kau……xde apa pun pernah berlaku kan? Aku akan tetap menjadi ‘ junior berlagak’ di mata kau.

Dalam x sedar, Taqiuddin telah melanggar bahu seorang senior.

Senior: Ugh…..Taqiuddin! Kau ingat kau dah masuk pasukan……kau boleh berlagak ke?

Taqiuddin hanya menjeling sahaja pada senior tersebut. Pandangannya membuatkan senior merasa bengang. Lalu, kawannya menegur perbuatan Taqiuddin.

Kawan: Taqiuddin! Kenapa kau kurang ajar sangat ni? Pergi mintak maaf cepat!
Aku: Ceh, buat apa? Aku……aku nak berhenti main.

Aku dah x peduli lagi. Semuanya dah x penting.

Kawan: Apa kau merepek ni? Kau kan dah masuk pasukan!
Aku: Ala…..pasni mesti aku digugurkan.
Kawan: Mana ada!

Eh, apa yang kawan aku cakap ni?

Kawan: Xde sapa pun nak gugurkan kau. Kau ingat sapa yang sanggup minta maaf bagi pihak kau hah? Kak Mizan yang cakap, tau x?

Ap….apa dia?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA

Lelaki idaman – senarai STANDARD
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang diinginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Berbelanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Memiliki sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi isteri semestinya

Apa yang diinginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika isteri bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot(larat ke x)
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat isteri bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda
10. Rajin bercukur

Apa yang diinginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang diinginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (4)

Seperti yang dijanjikan, aku datang ke tempat pertemuan kami. Jam menunjukkan 5.20 petang. Muka aku nampak serabut sangat. Berpeluh-peluh. Dan aku…….aku…….

Dia: Lupa bawak tiket?
Aku: Haihh….kalau…..kalau…..saya balik sekarang…..sempat lagi kita nak tengok masa tambahan kot…

Arghh!! Macam mana aku boleh tertinggal menda alah tu? Mesti dia mengamuk punyalah! Hampeh la!!

Dia: Hemm…Camtu ke? Nampak macam dah nak nangis je.

Eh?!

Aku: Awak x marah?
Dia: Tak jugak. Tapi kalau macam ni, lupakan ajelah hasrat nak masuk kesebelasan utama tu.
Aku: Gulp….
Dia: Hahahaha! Lembap!

Dia ketawa…… Aku macam x percaya.

Dia: Muka kau tu….

Kalau sebelum ni…pantang kitorang jumpa je, mesti akan bertekak. Wajib.

Dia: Alang-alang dah keluar ni. Jom kita beli alatan untuk latihan kau.

Akhirnya, kami pun tiba di kedai alatan sukan. Hemm…..boleh tahan juga harga disini. Aku pun belilah beberapa alatan yang disyorkan oleh dia.

Cashier: Terima kasih, ini barangan anda.

Aku pun ambil barangan tersebut.

Aku: Oh…..
Dia: Berat ke?
Aku: Sebab beratlah jadi saya yang bawa semua barang ni.

Nak tunjuk gentle lah pulak aku ni.

Aku: Lapar x?

Berjalan beriringan….

Makan bersama….

Aku memang x sangka…..kitorang akan buat perkara camni. Aku sendiri x pasti apa harus aku lakukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketagih Internet punca otak remaja mengecut

BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.
Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet.

Errkk....cane ni? Keje pun kene selalu hadap PC....deng! Kecut la otak saya macam ni....huhuhu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (3)

Aku akan buktikan kat dia, yang aku ni bukan lembap dan aku tau nak guna otak aku macam mana! Latihan kali ni, aku buat bersungguh-sungguh. Sebelum ni pun, aku bersungguh-sungguh tapi kali ni berganda-ganda gigihnya. Huh!

GOL!!!

Wah, aku x sangka aku dapat jaringkan gol.

Senior1: Nice shot!
Senior2: Memang kemas sepakan kau.
Jurulatih: Ha….camtu lah! Bagus jaringan tadi.
Aku: Baik cikgu.

Sejak akhir-akhir ni, aku memang dalam keadaan terbaik kan? Biasalah tu…..aku kan dah berusaha keras. Siap buat rujukan sendiri lak tu.

Aku: Segala-galanya di bawah kawalan aku.

Tiba-tiba aku terpandang minah tu. Dia baru saja meletakkan balang air untuk memberi minum kepada kami.

Dia: Okeylah tu.

Aku tergamam.

Aku: Okey sangat.

Mula la tu aku berlagak depan dia. Hehehe….

Dia: Yalah, yalah.

Apa dia? Ba…..baguslah!! Dia puji aku tadi kan? Kan? Kan? Yalah! Aku kene puji!! Best giler…. Gila berlebihan aksi aku. Rasa macam nak terbang je bila kena puji. Kukukuku~

Senior1: Apa hal tu?
Aku: Xde pe.
Senior2: Bohong! Dah tu….nape muka kau macam ni?

Aku rasa gembira sangat. Aku x mampu menahan reaksi wajah aku dari tersenyum lebar. Hehehe….

Selepas tamat latihan pada hari ni, aku menuju ke bilik kelab bola sepak dan aku terserempak dengan minah tu. Nampaknya dia sedang membuat catatan sambil menonton perlawanan bola sepak. Mungkin dia sedang menganalisa pergerakan pemain kot.

Aku: Ah……Ada kat sini lagi?
Dia: Ada kat sini lagi?

Ceh! Cakap serentak lah pulak. Lepas dia tersedar kehadiran aku dalam bilik tersebut, dia segera menutup video tu. Aku pun pelik. Kenapa kecoh sangat? Umm…..analisis video? Dia buat analisis sampai lewat malam? Eh……aku merenung ke tangan kanan dia. Pada pangkal ibu jari dia terdapat sesuatu yang aku curiga.

Dia: Pehal?
Aku: Tangan awak….ada lubang-lubang kecik.
Dia: Lubang? Oh……kucing aku yang gigit.
Aku: Heh! Dah agak. Mesti diorang bencikan awak kan? Gehh gehh.

Sampai berair mata aku, geli hati terlampau. Lepas aku kutuk dia macam tu, boleh nampaklah muka bengang dia.

Dia: Bukanlah. Kau x tau ke? Tu tanda sayang.
Aku: Kejadah?
Dia: Kucing ni…bila diorang sayang kau sangat-sangat, diorang mesti akan gigit kau. Sebab dah sayang.

Ha? Biar betul? Apa kes! Gigit sebab sayang?!

Dia: Betullah…..Aku rasa menda ni comel sangat.

Hemmm…Kenapa aku rasa macam jantung aku berdegup dengan kencang? Dia…..tergelak! Tetiba je dia gelak. Terkejut aku! Kali pertama aku nampak raut wajahnya yang lembut!

Degup.

Degup.

Degup.

Degup.

Degup.

Aku: Kak…..Saya ada tiket perlawanan Liga J, jadi…..boleh x kita pergi sesama?

Kenapa aku rasa malu sesangat ni? Aisshhh….

Aku: Camni…..x lama lagi kita akan ada pertandingan. Jadi saya nak mintak bantuan awak…kalau awak ada nasihat macam mana nak masuk kesebelasan utama.
Dia: Apa?! Kau nak masuk kesebelasan utama? Nak langkah bendul? Jangan nak over sangat!

Argh! Aku x patut cakap kat dia! Apa aku fikir ni?

Dia: Pukul berapa?
Aku: Apa dia?
Dia: Pukul berapa kita nak jumpa?

Dia……dia setuju? Unbelievable!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (2)

Senior1: Siapa budak tahun 3 tu?
Senior2: Taqiuddin?
Senior3: Dia tahun 3 ke?

Taqiuddin sedang gigih berlatih bermain bola sepak. Di satu sudut, para senior sedang melihat pasukan bola sepak berlatih. Mereka telah mengesan kehadiran Taqiuddin dalam kumpulan tersebut. Para senior tertanya sebab x biasa melihat Taqiuddin dalam kelab tersebut.

Ketika Taqiuddin sedang giat berlatih, jurulatih pasukan telah memanggilnya.

Jurulatih: Taqiuddin! Meh sini jap. Kamu kena ambil pertahanan dari belakang.
Aku: Baik cikgu!
Jurulatih: Kena pandai cari ruang dan menyelit-nyelit. Gunakan otak kamu tu betul-betul.
Aku: Baik cikgu!
Jurulatih: Pergi sejukkan kaki kamu tu. Tadi kan baru lepas berlaga.

Guna otak? Mana aku tahu! Huu… Aku x faham sebenarnya, apa yang dimaksudkan guna otak untuk menyelit. Huu~

Aku pergi ke bangku di tepi padang untuk berehat sebentar. Lenguh pulak rasanya. Cuaca pun agak panas. Berpeluh-peluh tapi aku tetap suka bermain bola sepak. Aku baru bercadang nak ambil cold spray untuk kaki aku, kebetulan cold spray tu dah ada depan  mata aku. Terkejutlah jugak.

Aku: terima kasih….
Dia: Taqiuddin, kau kena ambil pertahanan dari belakang. Gunalah otak sikit.
Aku: Apa?!

Kenapalah minah ni menjengkelkan sangat?

Aku: Macam lah aku ni lembap sangat!
Dia: Kenapa kau nak tunggu je kat situ tadi? Kau xleh nak buat passing kalau kau berdiri je.

Aku rasa macam nak lempang-lempang je mulut dia ni. Tapi aku tahan sabar. Sampai aku rasa gigi aku makin pendek dek aku ketap gigi kuat sangat. Kalau x, dah lama minah ni aku siat-siat mulutnya.

Dia: Baca rentak permainan. Kene tengok kedua-dua pihak lepas tu baru kau tahu mana nak curi ruang menyelit. Faham?
Aku: Arghh….
Dia: Tu baru boleh kata ‘guna otak’….Tau? Aku pergi dulu.

Lepas dia cakap macam tu kat aku, terus dia ketuk kepala aku dengan cold spray. Adoi la…..Hati aku berdarah. Kepala aku berdarah….Kurang asam garam toi minah ni. Bengang giler aku.

Aku: Ha….hampeh! Langsung xleh nak cakap apa-apa.
Senior: Dia tu memang macam tu. Rilek sudey~
Aku: Hah?!
Senior: Kak Mizan tu memang tahu banyak tentang taktik bola sepak. Dia akan kumpulkan banyak data tentang strategi. Pastu dia akan aplikasikan. Lagi satu, dia jugak akan gunakan kameranya untuk buat rujukan analitikal. Memang rajin dia tu.

Ketika senior sedang memuji minah tu, aku pun pandanglah minah tu. Masa aku pandang, dia tengah rakam pemain bola sepak bermain bola. Pastu tiba-tiba dia pandang ke arah aku. Agaknya, dia perasan kot yang aku pandang dia. Yang x boleh blah nya, korang semua nak tau x? Ada ke patut dia jeling kat aku?! Eh, apa hal minah ni, hah?

Dia: Hmph!

Ha…..Hampeh toi minah ni!

Senior: Kenapa kau jaki sangat dengan dia tu?

Masa ni, memang hatiku panas giler-giler. Sampai korang boleh nampak aura berapi kat sekeliling aku ni! Siaplah! Awak tengok jela!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (1)

Aku bengang giler dengan minah ni. Aku rasa dia ni benci giler kat aku.

Minah tu tengah bagi air minum  kat kitorang yang baru je berlatih bermain bola sepak. Dia ni pengurus kelab bola sepak kitorang. Amboi-amboi….siap senyum bila bagi air kat diorang. Tapi, kenapa dengan aku, dia layan berbeza? Gila-gila x puas hati. Kalau korang x percaya, korang tengok sendirilah senang kan?

Aku: Kak Mizan, saya pun nak teh jugak….

Dia dengar aku panggil dia. Tapi, ekspresi muka dia terus berubah bila aku panggil. Hilang senyuman dia bila pandang muka aku. Apa, muka aku macam monster ke?! Lepastu, dia ni kuat menjeling. Tajam giler pandangan mata dia sampai mampu hiris-hiris tiang gol sebelah aku ni haa…

Dia: Nah!

Mak aih. X ikhlas langsung. Sampai tumpah air teh ni. Dari penuh jadi 3 suku. Suku betul minah ni. Aik, lepas buat tumpah, berpaling macam tu je? Pastu siap buat muka bengang plak lagi. Grr….!!

Aku: Hoi!!
Dia: Hoi? Amboi-amboi…… Kau ni memang x tahu nak bercakap dengan orang tua ke?

Paling teruknya, dia mesti ada benda nak sindir-sindir aku.

Aku: Apa dia?! Ingat setakat tua setahun tu, hebat sangat ke?

Kat belakang aku, team bola sepak, semua budak tahun 4. Err…dan aku….dan aku….telah terlepas cakap pulak~ Habislah, diorang dengar. Aish…nasib x baik hari ni. Dah la air tumpah kat baju aku. Senior-senior marah kat aku pulak….

Senior: Kurang ajar!
Aku: Ah…..Saya xde niat pun! Minta maaf! Minta maaf!

Aku memang impikan untuk bermain dalam kelab bola sepak ni. Tapi, dengan pengurus hampeh macam tu…. Masa remaja aku dah jadi hambar….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS