Bercuti Di Melaka (Part 2 - Sungai Melaka)

Hai Sume...Ingat lagi cerita saya yang lepas..Kat Kota A'Famosa tu...Ok,meh sambung cerita..

Lepas penat berjalan, kami berehat sebentar (solat) dalam shopping kompleks kat Dataran Pahlawan. Punyalah berpusing-pusing nak cari surau. Katanya ada kat 4F. bila dah sampai sana, mana? Rupanya, cerok dunia. Korang tau x, pintu kecemasan tu? Pintu nak turun naik guna tangga? Kat situ lah duduknya surau. Yang menambahkan kekonfiusannya ialah, sebelum masuk tu, sebelah kanan adalah pusat snooker. Sebelah kiri plak, adalah tempat nak lawat-lawat ikan. Fuiyo….sunyi semacam je laluan ni.
 
Xde apa pun sangat kat shopping kompleks ni. Rehat-rehat sekejap tunggu waktu Maghrib.
Lepas Maghrib, kami pergi ke Perkampungan Lanun. Hehehe...saya pun xtau apa nama tempat tu.

Ini adalah view waktu malam dari atas jambatan. Memang sangat cantik. Ada lagi pic pasal tempat ni.

Itu adalah bot yang membawa penumpang mengelilingi sungai ni. Saya x naik pun, rugi. Baik jalan kaki ke. Bukan jauh sangat pun. Anda akan lupa keletihan sebab teruja tengok tempat ni. 

Kawasan yang saya ambil gambar ni ialah Bus Stop Bridge. Saya Tanya la, kenapa Bus Stop. Sebelum ni, tempat ini adalah kawasan perhentian bas. Lepastu. Akibat dari pencemaran yang dihasilkan oleh bas, menyebabkan sungai menjadi kotor and ‘mati’. Lepas tu, pihak yang bertanggungjaawab memindahkan bas ke tempat lain dan menghidupkan semula suasana di tempat ni. Sungai menjadi indah semula.  

Apa nama benda ni? Saya x naik pun, tengok je. Memikirkan pitis yang makin berkurangan. Saya cuma mampu melihat. Kehkehkeh…..

Yang ni pulak, adalah Jambatan Hang  Tuah. Yang paling atas sekali tu adalah symbol keris dan sarungnya. Sangat besar. Kebetulan, masa ambil gambar ni, semua lampu menyala. 

Seronok-seronok!

Uish…panjang jugak cerita mengenai lawatan ke Melaka pada hari Rabu. Nanti, saya sambungkan cerita Lawatan ke Melaka pada hari Khamis plak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment