LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (1)

Aku bengang giler dengan minah ni. Aku rasa dia ni benci giler kat aku.

Minah tu tengah bagi air minum  kat kitorang yang baru je berlatih bermain bola sepak. Dia ni pengurus kelab bola sepak kitorang. Amboi-amboi….siap senyum bila bagi air kat diorang. Tapi, kenapa dengan aku, dia layan berbeza? Gila-gila x puas hati. Kalau korang x percaya, korang tengok sendirilah senang kan?

Aku: Kak Mizan, saya pun nak teh jugak….

Dia dengar aku panggil dia. Tapi, ekspresi muka dia terus berubah bila aku panggil. Hilang senyuman dia bila pandang muka aku. Apa, muka aku macam monster ke?! Lepastu, dia ni kuat menjeling. Tajam giler pandangan mata dia sampai mampu hiris-hiris tiang gol sebelah aku ni haa…

Dia: Nah!

Mak aih. X ikhlas langsung. Sampai tumpah air teh ni. Dari penuh jadi 3 suku. Suku betul minah ni. Aik, lepas buat tumpah, berpaling macam tu je? Pastu siap buat muka bengang plak lagi. Grr….!!

Aku: Hoi!!
Dia: Hoi? Amboi-amboi…… Kau ni memang x tahu nak bercakap dengan orang tua ke?

Paling teruknya, dia mesti ada benda nak sindir-sindir aku.

Aku: Apa dia?! Ingat setakat tua setahun tu, hebat sangat ke?

Kat belakang aku, team bola sepak, semua budak tahun 4. Err…dan aku….dan aku….telah terlepas cakap pulak~ Habislah, diorang dengar. Aish…nasib x baik hari ni. Dah la air tumpah kat baju aku. Senior-senior marah kat aku pulak….

Senior: Kurang ajar!
Aku: Ah…..Saya xde niat pun! Minta maaf! Minta maaf!

Aku memang impikan untuk bermain dalam kelab bola sepak ni. Tapi, dengan pengurus hampeh macam tu…. Masa remaja aku dah jadi hambar….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

NormaLiza Mah said...

Hai...
Tgk entry n klik2 iklan yg ada... sama2 jana tabung...
Singgah seketika di laman saya dan klik2...
Moga berjaya dgn nffng...
Salam perkenalan.

Post a Comment