LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (2)

Senior1: Siapa budak tahun 3 tu?
Senior2: Taqiuddin?
Senior3: Dia tahun 3 ke?

Taqiuddin sedang gigih berlatih bermain bola sepak. Di satu sudut, para senior sedang melihat pasukan bola sepak berlatih. Mereka telah mengesan kehadiran Taqiuddin dalam kumpulan tersebut. Para senior tertanya sebab x biasa melihat Taqiuddin dalam kelab tersebut.

Ketika Taqiuddin sedang giat berlatih, jurulatih pasukan telah memanggilnya.

Jurulatih: Taqiuddin! Meh sini jap. Kamu kena ambil pertahanan dari belakang.
Aku: Baik cikgu!
Jurulatih: Kena pandai cari ruang dan menyelit-nyelit. Gunakan otak kamu tu betul-betul.
Aku: Baik cikgu!
Jurulatih: Pergi sejukkan kaki kamu tu. Tadi kan baru lepas berlaga.

Guna otak? Mana aku tahu! Huu… Aku x faham sebenarnya, apa yang dimaksudkan guna otak untuk menyelit. Huu~

Aku pergi ke bangku di tepi padang untuk berehat sebentar. Lenguh pulak rasanya. Cuaca pun agak panas. Berpeluh-peluh tapi aku tetap suka bermain bola sepak. Aku baru bercadang nak ambil cold spray untuk kaki aku, kebetulan cold spray tu dah ada depan  mata aku. Terkejutlah jugak.

Aku: terima kasih….
Dia: Taqiuddin, kau kena ambil pertahanan dari belakang. Gunalah otak sikit.
Aku: Apa?!

Kenapalah minah ni menjengkelkan sangat?

Aku: Macam lah aku ni lembap sangat!
Dia: Kenapa kau nak tunggu je kat situ tadi? Kau xleh nak buat passing kalau kau berdiri je.

Aku rasa macam nak lempang-lempang je mulut dia ni. Tapi aku tahan sabar. Sampai aku rasa gigi aku makin pendek dek aku ketap gigi kuat sangat. Kalau x, dah lama minah ni aku siat-siat mulutnya.

Dia: Baca rentak permainan. Kene tengok kedua-dua pihak lepas tu baru kau tahu mana nak curi ruang menyelit. Faham?
Aku: Arghh….
Dia: Tu baru boleh kata ‘guna otak’….Tau? Aku pergi dulu.

Lepas dia cakap macam tu kat aku, terus dia ketuk kepala aku dengan cold spray. Adoi la…..Hati aku berdarah. Kepala aku berdarah….Kurang asam garam toi minah ni. Bengang giler aku.

Aku: Ha….hampeh! Langsung xleh nak cakap apa-apa.
Senior: Dia tu memang macam tu. Rilek sudey~
Aku: Hah?!
Senior: Kak Mizan tu memang tahu banyak tentang taktik bola sepak. Dia akan kumpulkan banyak data tentang strategi. Pastu dia akan aplikasikan. Lagi satu, dia jugak akan gunakan kameranya untuk buat rujukan analitikal. Memang rajin dia tu.

Ketika senior sedang memuji minah tu, aku pun pandanglah minah tu. Masa aku pandang, dia tengah rakam pemain bola sepak bermain bola. Pastu tiba-tiba dia pandang ke arah aku. Agaknya, dia perasan kot yang aku pandang dia. Yang x boleh blah nya, korang semua nak tau x? Ada ke patut dia jeling kat aku?! Eh, apa hal minah ni, hah?

Dia: Hmph!

Ha…..Hampeh toi minah ni!

Senior: Kenapa kau jaki sangat dengan dia tu?

Masa ni, memang hatiku panas giler-giler. Sampai korang boleh nampak aura berapi kat sekeliling aku ni! Siaplah! Awak tengok jela!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Syafiq said...

Hai...teruskan berkarya dan ini antara cerita terbaik yg saudari buat...best2x....

Amoi_Soya said...

terima kasih....^_^

Post a Comment