LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (3)

Aku akan buktikan kat dia, yang aku ni bukan lembap dan aku tau nak guna otak aku macam mana! Latihan kali ni, aku buat bersungguh-sungguh. Sebelum ni pun, aku bersungguh-sungguh tapi kali ni berganda-ganda gigihnya. Huh!

GOL!!!

Wah, aku x sangka aku dapat jaringkan gol.

Senior1: Nice shot!
Senior2: Memang kemas sepakan kau.
Jurulatih: Ha….camtu lah! Bagus jaringan tadi.
Aku: Baik cikgu.

Sejak akhir-akhir ni, aku memang dalam keadaan terbaik kan? Biasalah tu…..aku kan dah berusaha keras. Siap buat rujukan sendiri lak tu.

Aku: Segala-galanya di bawah kawalan aku.

Tiba-tiba aku terpandang minah tu. Dia baru saja meletakkan balang air untuk memberi minum kepada kami.

Dia: Okeylah tu.

Aku tergamam.

Aku: Okey sangat.

Mula la tu aku berlagak depan dia. Hehehe….

Dia: Yalah, yalah.

Apa dia? Ba…..baguslah!! Dia puji aku tadi kan? Kan? Kan? Yalah! Aku kene puji!! Best giler…. Gila berlebihan aksi aku. Rasa macam nak terbang je bila kena puji. Kukukuku~

Senior1: Apa hal tu?
Aku: Xde pe.
Senior2: Bohong! Dah tu….nape muka kau macam ni?

Aku rasa gembira sangat. Aku x mampu menahan reaksi wajah aku dari tersenyum lebar. Hehehe….

Selepas tamat latihan pada hari ni, aku menuju ke bilik kelab bola sepak dan aku terserempak dengan minah tu. Nampaknya dia sedang membuat catatan sambil menonton perlawanan bola sepak. Mungkin dia sedang menganalisa pergerakan pemain kot.

Aku: Ah……Ada kat sini lagi?
Dia: Ada kat sini lagi?

Ceh! Cakap serentak lah pulak. Lepas dia tersedar kehadiran aku dalam bilik tersebut, dia segera menutup video tu. Aku pun pelik. Kenapa kecoh sangat? Umm…..analisis video? Dia buat analisis sampai lewat malam? Eh……aku merenung ke tangan kanan dia. Pada pangkal ibu jari dia terdapat sesuatu yang aku curiga.

Dia: Pehal?
Aku: Tangan awak….ada lubang-lubang kecik.
Dia: Lubang? Oh……kucing aku yang gigit.
Aku: Heh! Dah agak. Mesti diorang bencikan awak kan? Gehh gehh.

Sampai berair mata aku, geli hati terlampau. Lepas aku kutuk dia macam tu, boleh nampaklah muka bengang dia.

Dia: Bukanlah. Kau x tau ke? Tu tanda sayang.
Aku: Kejadah?
Dia: Kucing ni…bila diorang sayang kau sangat-sangat, diorang mesti akan gigit kau. Sebab dah sayang.

Ha? Biar betul? Apa kes! Gigit sebab sayang?!

Dia: Betullah…..Aku rasa menda ni comel sangat.

Hemmm…Kenapa aku rasa macam jantung aku berdegup dengan kencang? Dia…..tergelak! Tetiba je dia gelak. Terkejut aku! Kali pertama aku nampak raut wajahnya yang lembut!

Degup.

Degup.

Degup.

Degup.

Degup.

Aku: Kak…..Saya ada tiket perlawanan Liga J, jadi…..boleh x kita pergi sesama?

Kenapa aku rasa malu sesangat ni? Aisshhh….

Aku: Camni…..x lama lagi kita akan ada pertandingan. Jadi saya nak mintak bantuan awak…kalau awak ada nasihat macam mana nak masuk kesebelasan utama.
Dia: Apa?! Kau nak masuk kesebelasan utama? Nak langkah bendul? Jangan nak over sangat!

Argh! Aku x patut cakap kat dia! Apa aku fikir ni?

Dia: Pukul berapa?
Aku: Apa dia?
Dia: Pukul berapa kita nak jumpa?

Dia……dia setuju? Unbelievable!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment