LOVE BITE equal to BUKTI CINTA (5)

Selepas beberapa hari, sejak kejadian tersebut, aku telah mendapat berita yang menggembirakan.

Kawan1: Taqiuddin dapat masuk kesebelasan utama?
Kawan2: Tipu! Tahun 3 boleh ke?
Aku: Betullah ni! Cikgu yang cakap.
Kawan3: Apa? Hebatnya, Taqiuddin!

Hehehe……Aku rasa macam nak lari kat dia dan bagitau berita baik ni. Agak-agaknyalah….dia akan suka x?

Owh, kebetulan pula bertembung dengan dia ketika aku nak naik tangga menuju ke kelas.

Aku: Kak Mizan! Awak dah tahu ke? Saya dapat masuk! Saya masuk kesebelasan utama. Hebat kan?
Kawan1: Taqiuddin, awak ni seronok betul!
Aku: Diamlah~

Aku memang terlalu gembira dengan kejayaan ni. Kembang kempis lubang hidung aku.

Aku: Eh, kak…..
Dia: Dah dapat ke? Berlagak betul…..

Apa?! Apa…Apa dah jadi ni?

Dia berlagak macam xde apa-apa yang pernah terjadi antara kitorang.

Latihan bola sepak tetap dilakukan seperti biasa. Suasana lebih teruk berbanding sebelum ni. Ramai senior yang mengeluh.

Senior1: …………….
Senior2: Haih………

Situasi hari ni…..lebih tegang dari biasa. Ceh…..CEH! CEH! CEH! Langsung x tengok aku pun.

Mizan hanya buat hal sendiri je. Langsung x memandang Taqiuddin. Taqiuddin menjadi sangat bengang. Diperlakukan Taqiuddin seperti orang luar.

Pada kau……xde apa pun pernah berlaku kan? Aku akan tetap menjadi ‘ junior berlagak’ di mata kau.

Dalam x sedar, Taqiuddin telah melanggar bahu seorang senior.

Senior: Ugh…..Taqiuddin! Kau ingat kau dah masuk pasukan……kau boleh berlagak ke?

Taqiuddin hanya menjeling sahaja pada senior tersebut. Pandangannya membuatkan senior merasa bengang. Lalu, kawannya menegur perbuatan Taqiuddin.

Kawan: Taqiuddin! Kenapa kau kurang ajar sangat ni? Pergi mintak maaf cepat!
Aku: Ceh, buat apa? Aku……aku nak berhenti main.

Aku dah x peduli lagi. Semuanya dah x penting.

Kawan: Apa kau merepek ni? Kau kan dah masuk pasukan!
Aku: Ala…..pasni mesti aku digugurkan.
Kawan: Mana ada!

Eh, apa yang kawan aku cakap ni?

Kawan: Xde sapa pun nak gugurkan kau. Kau ingat sapa yang sanggup minta maaf bagi pihak kau hah? Kak Mizan yang cakap, tau x?

Ap….apa dia?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment