POKOK KEHIDUPAN PERIBADI (2)

2)Ok kengkawan semua......hari tu saya ada post pasal pokok walnut, lime, poplar dan oak kan? Sekarang kita sambung pulak untuk 4 pokok yang seterusnya. Jika belum tiba giliran pokok anda, bawak bersabar ye~hehehe....



POKOK ASH (25 Mei-3 Jun, 22 November-1 Disember)

-Sama seperti si pokok kacang walnut, mereka bercita-cita tinggi dalam hidup.
-Tidak pandai menjaga penampilan hingga sering dikritik. Tapi mereka x pernah ambil kisah. Tapi awas, sekali bergaya, terkejut semua orang!
-Mereka seolah-olah mudah memperjudikan nasib mereka.
-Menyentuh soal cinta, mereka sangat jujur dan boleh dipercayai. Namun kadangkala mereka suka bertindak mengikut perasaan!



POKOK MAPLE (11-20 April, 14-23 Oktober)

-Suka bergantung dengan prinsip hidup mereka sendiri. Jika mereka merasakan itu betul,  pasti akan dilakukan.
-Kuat berangan.
-Berkeyakinan tinggi tapi pemalu.
-Sukakan cabaran dan pengalaman baru serta suka menonjolkan diri di mata orang-orang yang dianggap penting bagi mereka.
-Seorang yang murah rezeki!



POKOK HAZELNUT ( 22-31 Mac, 24 September-3 Oktober)

-Sering mampu mencuri perhatian ramai ketika berada di khalayak umum. Mungkin mereka dibantu oleh personaliti mereka yang cukup mempersonakan.
-menegakkan apa yang dirasakan betul tanpa rasa takut
-Suka terbabit dalam kegiatan berkaitan amal.
-Dari segi cinta, seorang yang ikhlas serta mampu bertolak-ansur.
-Kadangkala sikap mereka yang mempunyai permintaan tinggi membuatkan pasangan mereka bosan!



POKOK ELM (12-24 Januari, 15-25 Julai)

-Sikap yang riang dan suka menghiburkan hati orang membuatkan mereka mempunyai ramai teman.
-Selalunya mereka mempunyai potongan badan menarik dan sering menggayakan pakaian yang bercitasa tinggi. Tetapi mereka bukan materialistik.
-Terkenal dengan sikap murah hati dan mudah memaafkan kesalahan orang lain serta sentiasa ceria.
-Dalam perhubungan, mementingkan kejujuran seperti mana sikap mereka sendiri tapi mereka lebih menonjol dalam mempengaruhi perhubungan tersebut. Bukan bermakna ‘Queen Control’ or ‘King Control’ Cuma sikap mereka yang serba tahu membuatkan mereka merasakan diri mereka layak untuk membuat segala keputusan. Gitu pulak dah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment