POKOK KEHIDUPAN PERIBADI (3)




POKOK WILLOW ( 1-10 Mac, 3-12 September)

-Pokok tercantik berbanding yang lain tetapi sering dilanda kesedihan dan kesunyian.
-Menggemari sesuatu yang mewah.
-Hobi, suka pergi bercuti dan tidak memberi tekanan ke atas diri mereka.
-Sebenarnya sukar hendak mendampingi mereka ini kerana sikap mereka yang ‘demand’ yang agak melampau.
-Namun mereka boleh dipuji dari segi kejujuran dan amat ambil berat tentang masalah orang lain.
-Bagi mereka, cinta itu mudah untuk ditemui.



POKOK ARA ( 14-23 Jun, 12-21 Disember)

-Mempunyai sifat rendah diri dan sensitif.
-Berkeperibadian kukuh serta tidak membenarkan sebarang pertelingkahan melingkari hidup mereka.
-Kadang-kala mempunyai sikap serius namun mereka juga mempunyai sikap kelakar yang mampu mencuit hati orang lain.
-Mereka juga sangat bijak serta amat praktikal.
-Dalam perhubungan, mereka adalah kekasih hebat, memberi sepenuh perhatian dan kasih-sayang kepada kekasih hati serta mementingkan kekeluargaan.
-Jika boleh, mereka ingin mendapat anak yang ramai kerana mereka memang suka kanak-kanak dan pencinta haiwan.



POKOK KACANG CHESNUT (15-24 Mei, 12-21 November)

-Mempunyai sikap yang jujur.
-Jarang memperlihatkan kecantikan mereka kerana bukan focus utama.
-Sangat bersemangat menjalani kehidupan.
-Kadang-kala bersikap agak keterlaluan kerana ingin melindungi kelemahan diri.
-Sangat bertolak-ansur dan agak sensitif.
-Cinta bagi mereka hanya wujud sekali sahaja dan sebab itu mereka sukar untuk melafazkan cinta.



POKOK RU (19-28 Februari, 24 Ogos-2 September)

-Seorang teman yang baik.
-Tahu bagaimana hendak hidup gembira dan selesa.
-Disebalik sikap mereka yang mudah mesra dan berkawan, mereka juga mudah jatuh cinta.
-Disebabkan itu juga mereka mudah mengalami kekecewaan hinggalah mereka benar-benar menemui cinta sejati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment