POKOK KEHIDUPAN PERIBADI (1)

Sebelum tilikan dilakukan menerusi zodiak, manusia dulukala telah menggunakan satu pendekatan yang mungkin agak asing bagi korang semua iaitu menerusi pokok-pokok tertentu, bukan merujuk kepada bintang atau binatang.

Misalnya korang yang dilahirkan pada tanggal 31hb Ogos diwakili pokok Pine. Apa agaknya pokok kelahiran korang? Sebelum tu,  korang semua kena la semak dulu tarikh lahir sendiri then tengok ia terletak di bawah pokok apa. Senang je!  Lepastu, boleh le tengok personality masing-masing or personaliti si dia~ owh! Jangan lupa ye……jangan mempercayai benda ni semata-mata~ Di mana ada kehendak, di situ ada jalan. Perangai yang x berapa nak cantik tu, ubah-ubah la…..jangan la asyik akur je, kan? Perangai yang molek sangat tu, kalo berlagak, payah pulak ceritanya. So, bersederhana la ye~~

X semestinya peribadi seseorang memang sebijik macam apa yang diperkatakan. Banyak lagi factor lain mempengaruhi yang menjadikan setiap dari kita ni berbeza. Jom kita tinjau korang bawah pokok apa~~~



POKOK OAK (21 Mac)

-Sukar menerima atau melakukan sebarang perubahan.
-Berpendirian, berdikari.
-Sentiasa memberi dorongan kepada teman-teman untuk berjaya.
-Sentiasa ‘sedar diri’ dan berpijak di bumi nyata biarpun pujian yang diberikan kepadanya melambung tinggi.





POKOK LIMAU/ LIME (11-20 Mac, 13-22 September)

-Hidup sentiasa dipenuhi persoalan dan rasa sangsi terhadap orang lain.
-Lebih suka berdiam diri di khalayak ramai.
-Sanggup berkorban demi teman-teman.
-Beruntung sebab dianugerahi bakat terpendam tapi kadangkala tekubur begitu saja kerana sikap mereka yang malas berusaha dan tunggu sahaja.
-Menggemari kehidupan yang aman tanpa sebarang masalah.
-Suka memberi komen pada orang lain dan sangat cemburu menyebabkan pasangan mereka cepat bosan, biarpun mereka mampu menjadi kekasih yang setia!




POKOK POPLAR (4-8 februari, 1-14 Mei, 5-14 Ogos)

-Bagi mereka, kehidupan yang sempurna dan selesa adalah memiliki kediaman yang selesa dan kerjaya yang terjamin. Kedua perkara ini menjadi matlamat mereka dalm hidup.
-Sukakan falsafah yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup.
-Sikap yang sukar diduga malah mereka lebih suka bersendirian.
-Terkenal dengan sikap ‘memilih’ dan ‘cerewet’. X ketinggalan juga dalam bab memilih pasangan.




POKOK KACANG WALNUT (21-30 April, 24 Oktober-11 November)


-Sangat bersemangat dan tabah dalam mengharungi kehidupan.
-Kelemahan paling ketara adalah sikap ego. Pantang disentuh, buruk padahnya.
-Bercita-cita tinggi dan bijak menyusun strategi bagi mencapai cita-cita.
-Kadang kala kurang disukai ramai tapi ramai pula yang meminati mereka dalam diam, mungkin kerana personaliti mereka yang menarik.
-Dalam perhubungan, mereka selalu mendatangkan masalah terutama sikap cemburu yang membabi buta. Pun begitu, disebalik sikap cemburu, mereka masih mampu menjadi kekasih yang hebat tau!


ok......post 4 pokok dulu~~nanti kita sambung lg k.......^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Amoi_Soya said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hmm..awak pokok apa?..dan saya pokok apa?..kene tunggu la ea?..huhu

Post a Comment