MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (2)

Semasa pertandingan meluncur ais tahun lalu, pada hari terakhir percutian itu….

Salji turun dan menyapa wajahku dengan lembut. Seorang lelaki datang berjalan ke arahku di luar tempat penginapan aku.  Dia dengan lagaknya yang malu-malu,  menunduk dan memanggil namaku. Aku agak terpempan,  bagaimana dia boleh mengetahui namaku. Masih jelas diingatan, ketika itu dia memakai baju berwarna putih seputih salji yang rancak memunculkan diri dari kepulan awan. Belatarbelakangkan suasana malam,  dia Nampak bercahaya disinari lampu bernada tempatku berdiri merenung salji yang menari kegembiraan. Indahnya salji mampu merawat hatiku yang sedang rawan.

Dia: Itu…..bila balik ke Tampin nanti, boleh kita berjumpa lagi?

Adakah dia ingin “berkawan” dengan aku?

Dia: Tolonglah….berkawan dengan saya.

Dah agak…. Ketika itu aku masih bersedih tentang hal Othman. Keikhlasannya telah menarik hatiku. Jadi, aku pun bersetuju untuk berkawan dengannya. Sebab aku x mahu lagi merasai perasaan sedih itu.

Rasanya, dia ni xkan mengkhianati aku.

Aku kerap juga datang ke rumahnya. Dia tinggal bersama-sama kakaknya. Di biliknya penuh dengan majalah dan bacaan berkaitan dengan bidang lakonan yang diceburinya. Dia sangat meminati lakonan. Aku melihat wajahnya, menongkat daguku di meja bulat yang terdapat di dalam biliknya. Kami duduk berhadapan.

Melihat wajahnya yang manis dan senyuman yang x lekang dari wajahnya.

Aku: Hari minggu depan, abang lapang x?
Dia: Abang tahu….hari tu hari jadi sayang kan?
Aku: Betul! Sebab abang asyik sibuk dengan kerja dan sayang x pernah raikan hari kekasih, ulangtahun kita….
Dia: Hemm….perempuan memang suka dengan benda-benda macam ni.
Aku: Ini janji kita, sayang sangat menuggu ketibaan hari itu!
Dia: Em!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment