MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (3)

Petang tu, sewaktu menuju ke rumahku, selepas berjumpa dengannya, aku singgah ke pasaraya. Sengaja nak melihat-lihat beg-beg tangan yang cantik dan murah. Beg di Pasaraya Y banyak pilihan. Aku selalu jugak singgah ke sana nak membeli beg. Aku ni gila beg sikit. Hehehe…..

Kemudian, perhatian aku tertarik kat sepasang kekasih ni. Mereka Nampak sungguh mesra. Eh, aku dengan dia pun mesra jugak pe! Tapi kan, pakwe perempuan tu memberikan kekasihnya hadiah yang kekasihnya minat.

Bagus betul…..aku harap Amran juga berikan aku hadiah.

Tak mungkin….dia lain. 

Pelajaran aku dibiayai oleh ibubapa ku tapi dia terpaksa berusaha sendiri untuk mencari nafkah hidupnya dengan bekerja. 

Lagi pun….

Dia: Manalah abang ada duit? Dalam dompet ni ada 10 hengget je.

Itulah…..itulah…..Hemm….Dia memang begitu! 

Tiba-tiba, seorang pekerja pasaraya memanggil namaku melalui intercom yang terdapat di dalam pasaraya tersebut.

Intercom: Cik Hanisah, sila dating ke kaunter pelanggan di tingkat 2 untuk mengambil barang cik yang tercicir.
Aku: Eh? Aku ada cicir apa-apa ke? Dompet? Ada je…. Handphone? Pun ada…apa ye yang cicir?

Aku pun segera menuju ke kaunter pelanggan di tingkat 2 untuk mengambil barang aku yang tercicir. 

Rupa-rupanya, pas bulanan yang tercicir. Aku memang cuai. Huhuhu…….

Aku: Terima kasih.
Kaunter pelanggan: Sama-sama. Lain kali berhati-hati ye cik.
Aku: Baiklah. Terima kasih atas nasihat cik.

Haish….makin meningkat umur, makin banyak kecuaian aku buat.

Dia: Hanisah.

Eh….siapa pulak yang panggil nama aku tu? Suaranya macam ku kenal. Aku pun berpaling ke arah pemilik suara tersebut dan…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment