MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (5)

Seperti yang dijanjikan, aku menunggu Amran di hadapan pasaraya W. hemm….dah janji pukul 2 petang. Dia lambat lagi! Xkan dia lupa hari ni harijadi aku? X mungkin, kami dah janji. Setelah agak lama menuggu, aku cuba menghubungi Amran.

Aku: helo, helo! Abang…
Dia: Maafkan abang, sayang. Abang sedang dalam perjalanan ke Temerloh.
Aku: Kenapa?
Dia: Kawan-kawan di teater baru je telefon abang. Mereka kata abang boleh pertunjukkan En. Mamat Khalid. Maafkan abang….. Abang teringin menyaksikan pementasan itu. Abang tentu akan luangkan masa untuk sayang.

Aku…..x tahan mendengar alasannya lagi. Lalu aku terus memutuskan panggilan.

Dia: Helo? Helo, sayang?

Aku ingat aku memahami….. 

Aku sukakan dia yang bercita-cita untuk Berjaya dalam bidang lakonan dan berusaha mencapai matlamat itu……

Tapi……..

Macam ni….

Dah melampau!

Dan aku terpaksa sentisa menantikannya?

Apakah….ia akan selalu begitu?

Dia x dapat datang untuk menyambut birthday aku jadi buat apa aku tunggu di sini lama-lama? Hemm, aku pun menuju ke sebuah restoran. Sengaja datang ke sana untuk minum-minum sambil cuba menyejukkan hati yang panas ni.

Ketika kakiku melangkah menuju Restoran S, aku ternampak seseorang yang kau begitu kenali. Rambutnya yang hitam berkilat dan berombak. Bentuk rambut yang aku suka. Lelaki yang pernah bertakhta di hatikusuatu ketika dahulu. Dia menuju ke kedai perhiasan wanita yang berada di sebelah Restoran S.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment