MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (6)

Aku: Beli hadiah untuk teman wanita?
Dia: Hanisah? Ya…..

Aku dah agak….dia x mungkin x ada teman wanita.

Dia: Kalau kau, yang mana satu kau suka?

Tanpa aku jangkakan, dia meminta pendapat aku unutk membeli hadiah buat teman wanitanya. So, aku pun melihat perhiasan-perhiasan tersebut. Menarik. Banyak yang cantik-cantik ukirannya dan perhiasan yang telah menarik perhatian aku ialah…..

Aku: Wah, rantai berlian! Saya sukakan yang ini.

Dia pun membeli rantai tersebut untuk teman wanitanya. Kemudian, dia mengajak aku pergi minum petang di Restoran S. bersebelahan je dengan kedai perhiasan wanita tadi.

Dia: Maafkan saya. Kau pula yang temankan saya beli hadiah.
Aku: X apa. Itu pun saya x buat apa-apa. Teman wanita kau memang bertuah. Kau berikan hadiah yang begitu mahal untuknya.
Dia: Kau ada teman lelaki?
Aku: Ya.
Dia: Bagaimana orangnya?
Aku: Eh? Kenapa kau tanya?
Dia: Cuma nak tahu. Lelaki jenis apa yang tinggalkan kau seorang diri pada harijadi kau?
Aku: Othman.
Dia: Ini untuk kau.

Dia meletakkan bungkusan hadiah yang baru di beli tadi di atas meja dan menolaknya ke arahku. Katanya, hadiah itu untuk aku. Biar betul? Bukan untuk teman wanita dia?

Dia: Selamat harijadi.
Aku: Othman, kau masih ingat harijadi saya?
Dia: Bila dengar nama kau dipanggil semasa di pasaraya haritu, sebelum disedari, saya dah bertindak. Selama ni,  saya masih merindukan kau. Dalam 2 tahun ni, x pernah saya lupakan kau.

Othman…..

Dia: Saya masih mempertimbangkan samada nak melanjutkan pelajaran perubatan saya di Amerika. Saya tahu saya x berhak berkata begitu…..tapi…..sudikah kau pergi bersama saya? Saya ingin bercinta semula dengan kau.

Aku: Othman, kau betul-betul ikhlas?
Dia: Saya tahu kau dah ada teman lelaki. Kau x jawab pun x apa. Cari saya bila dah buat keputusan.

Othman bangun sambil menyerahkan kad persendiriannya. Dia x berlama-lama dengan aku di sini. Aku cuma mampu melihat dia bangun dan meninggalkan aku di sini seorang diri bersama fikiran yang berkecamuk. Sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu, dia menoleh melihat aku.

Dia: Saya tunggu kau.

Itulah perkataan terakhirnya sebelum dia hilang dari pandanganku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment