MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU

Di suatu ketika dahulu, kami pernah berdampingan  menyusuri tepian pantai yang indah ini.

Sambil berpegangan tangan, kami menghayati malam berbintang seribu. 

Tetapi dia telah mengkhianati aku. Aku x dapat memaafkannya.

Dua tahun sudah berlalu.


BILIK KULIAH


Aku dan dua orang lagi kawan baru hendak bersiap balik dari kelas. Kami bertiga kemudiannya menyusuri jalan untuk balik ke rumah. Kemudian salah seorang kawan bertanya kalau aku pergi menghadiri majlis perhimpunan di universiti kami.

Kawan1: Hai, kau x pergi ke majlis perhimpunan hari ni?
Aku: Tak
Kawan2: Apa la kau ni. Dia nak pergi berdating la. Kenapa kau cari orang yang sudah berpunya?
Aku: Maafkan saya. Saya harus pergi.
Kawan1: Baiklah.

Aku pun menuju ke stesen bas dan bertemu di tempat biasa untuk berjumpa dengan pakwe aku.

Kawan1: Teman lelaki Hanisah seorang ahli kumpulan teater?
Kawan2: Ya. Dengar khabar mereka berjumpa masa percutian musim sejuk tahun lalu.
Kawan1: Sebelum ni bukankah dia bercinta dengan graduan jurusan perubatan?
Kawan2: Ya. Doctor masa depan. Tapi mereka berpisah sebab pemuda itu jalin hubungan dengan gadis lain.
Kawan1: Saya faham perasaan Hanisah. Tapi sayang~~
Kawan2: Kalau begitu, kau pergilah pikat dia! Patut dah jadi doctor sekarang. Hehehe…

Akhirnya aku tiba di tempat yang dijanjikan. Pakwe aku bagi sekeping kad kepada aku yang tertulis, 

Kumpulan Nannan Hidup Bebas
Karya: Ilyas Ahmad
 

Aku: Abang ambil bahagian dalam persembahan kali ni?
Dia: Hanya watak kecil saja. Heroinnya ialah, Betty Bennade. Nampaknya kami perlukan bantuan jelitawan dalam pertunjukan pentas kami.

Kami jalan beriringan menuju ke kedai makan sambil aku tekun mendengar cerita dia.

Dia: Tapi Mamat Khalid akan mengambil bahagian dalam pementasan kali ni juga!
Aku: Ah! Pelakon yang abang sanjungi tu?
Dia: Betul! Dia memang hebat. Abang rela mati demi dia! Sebagai seorang pelakon bukan setakat rupa sahaja, kena ada bakat juga.
Aku: Emmm…
Dia: Kenapa reaksi sayang macam tu?
Aku: Hehehe~~
Dia: Semoga En. Khalid boleh mengiktiraf lakonan abang. Bolehlah abang jadi seorang pelakon yang unggul!

Dengan penuh semangat dia menceritakan impiannya. Wajahnya yang kegembiraan, memikat hatiku.

Dia: Harap-harap dia kata kepada abang, “Kali ni biar kau yang berlakon”

Hehehe…macam budak kecil. Comey!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment