MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (7)

Aku melihat hadiah pemberiannya tanpa menyentuhnya langsung. Setelah agak lama duduk di restoran tersebut, aku balik ke rumah.

Aku terus menuju ke bilik dan meletakkan hadiah pemberian Othman di atas meja. Aku merenung kembalik hadiah tersebut. Aku x boleh terima hadiah yang begitu berharga.

Kenapa aku x terus beri dia jawapan?

Aku ingat, bila bertemu dengan Amran,  aku akan lupakan peristiwa yang lalu…..

Aku cuba memejamkan mata dan mengenang kembali kenangan manis aku bersama Othman.

Samudera yang penuh kenangan manis bila bersama Othman. Aku x pernah lagi kembali ke sana selepas kami berpisah.

Mungkin aku berasa takut…..

Takut, aku akan teringatkan Othman.

Tiba-tiba khayalan kenangan yang bermain di mindaku, terpadam. Telefon bimbitku berbunyi. Aku mencari di mana aku letakkan telefon tersebut. Rupa-rupanya ada di dalam handbag aku.

Dia: Helo…
Aku: Abang…
Dia: Pementasan dah tamat. Abang sedang minum bersama kawan-kawan. Abang minta maaf pasal hari ni.
Aku: X mengapa….
Dia: hari Jumaat depan abang belanja sayang makan untuk menebus kesalahan abang hari ni.

Hatiku rasa bersalah…

Aku: Ya….pukul 5….

X dapat memarahinya…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment