MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (END)

Di hospital.


Nurse: Amran, pesakit yang baru dihantar ke sini? Doktor sedang memberi keterangan tentang kecederaannya kepada kawan-kawannya.


Aku berpaling untuk melihat doctor tersebut. Aku mendengar keterangannya. Doctor itu ialah…Othman!


Othman baru selesai memberi penerangan mengenai kecederaan Amran kepada kawan-kawannya.


Dia: Itu saja.


Ketika Othman nak menuju ke bilik kecemasan, dia ternampak Hanisah.


Dia: Hanisah….kenapa kau datang ke sini?
Aku: Teman lelaki saya……pesakit yang baru dimasukkan ke sini tu, teman lelaki saya.
Dia: Begitu rupanya.

Dia: Lampu pentas yang rosak terjatuh dan terhentuknya. Walaupun nyawanya x terancam, tapi kaki kirinya cedera parah. Harus dibedah baru boleh tahu keputusannya. Kalau teruk sangat, terpaksa dipotong.


X mungkin….kalau itu berlaku…impian Amran….


Aku: Othman, tolonglah……impiannya ialah untuk menjadi seorang pelakon. Tolonglah selamatkannya.


Aku menuggu diluar bilik kecemasan. Menanti pembedahan yang dilakukan ke atas Amran, berjalan dengan lancar. Aku x henti-henti menangis. Berdoa semoga dia selamat. Lalu kawannya menegur aku.


Kawan: Apa khabar…saya kawan sekumpulan dengan Amran. Amran tercicir benda ni ketika kemalangan tu berlaku. Dia kata nak jadi seorang pelakon terunggul demi teman wanita dia. Dia tu selalu simpan benda ni dalam sakunya setiap kali dia berlatih. Sebab dia kata, itu adalah azimatnya.


Amran, walaupun berjauhan….hatinya tetap bersama saya. Aku mentap gambar yang diberikan oleh kawannya. Gambar yang Amran selalu bawa. Gambar aku yang ketika itu sedang gembira makan burger.


Aku menanti proses pembedahannya dengan penuh sabar. Akhirnya lampu kecemasan padam. Othman keluar dari bilik tersebut. Aku takut untuk mendengar keputusan pembedahan tersebut.


Aku: Othman….
Dia: Jangan risau….dia akan dapat berjalan semula walaupun terpaksa mengambil masa lama menjalani fisioterapi. Pergilah temankannya sehingga dia sedar.


Alhamdulillah. Aku begitu gembira keadannya dah selamat.


Dia: Bila aku lihat wajah kau tadi……saya dah putus hati….


Othman…


Dia: Saya patut terus mengejar impian saya.
Aku: Terima kasih Othman.


Aku hanya melihat Othman berlalu pergi. Lalu aku menuju ke bilik Amran. Aku melihat dia masih terlantar x sedarkan diri. Wajahnya sungguh tenang.


Bersama pergi ke tepi pantai….


Dalam masa 2 tahun ni….pantai adalah tempat kenangan pahit aku.


Mulai hari ini, aku akan jadikan pantai itu sebagai tempat kenangan baru aku, bersama Amran.

Tamat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment