Berhutang tu best x??

Di sini kan, saya nak citer la sikit pasal hutang piutang ni. Saya pelik dengan orang yang berhutang dan bagi hutang tanpa faham apa konsep hutang. Nak berhutang or bagi hutang, kena la faham dulu, apa prinsip2 nya kan?






5 Prinsip Pinjaman:

  1. Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan, bukan apa yang anda mahukan.
  2. Meminjam sejumlah wang mengikut kemampuan anda supaya dapat bayar balik.
  3. Elakkan dari meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai.
  4. Elakkan daripada menjadi PENJAMIN.!!!!
  5. Si peminjam mempunyai komitmen moral dan mutlak untuk membayar balik.

Perbezaan antara "Hutang Baik" dan "Hutang Tak Baik"

Adakah terdapat hutang jenis BAIK?

Ya ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. COntoh:
  • Meminjam untuk membeli rumah
  • Pendidikan anak-anak
  • Memajukan kemahiran dalam kerjaya
  • Memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang,

HUTANG TAK BAIK:

Adalah apabila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat lebih singkat daripada jangka masa pinjaman itu sendiri. Contoh:

  • Pinjaman untuk bercuti
  • Membeli pakaian
  • Perabot
  • Barangan rumah
  • Makan luar
  • Ha.....lagi satu hal, terbaru ni kan ada pinjaman untuk musim raya. Padan muka! Memang la dia bagi pinjam, on the spot duit tu dia bagi. Lepas tu??? Kena lak lps musim raya. Ada duit nak bayar balik? Sakit woo....


Pinjaman boleh menjadi produktif:

  • Apabila digunakan sebagai alat untuk menjana kekayaan (bukan skim cepat kaya k. Tipu giler! benda-benda macam tu)
  • Mendapatkan pengecualian cukai (macam beli kereta la. Kalo bayar cash gedebuk! macam tu, kan cukai pun datang sekali ler....sebab korang mampu bayar cash. Tu sebab orang kaya pn, beli secara ansuran...nak elak cukai la katakan)
  • Membesarkan pengurusan harta benda

Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tidak berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Tak semua hutang berbentuk tidak produktif.

Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemat membolehkan anda menjelaskan kadar bungan hutang dan juga membayar pokoknya sekali.

Apabila aplikasikan pada perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kreedit dan pinjaman asal.

HUTANG JENIS KETIGA:

Disebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda inginkan tetapi keadaan x mampu dikawal..Huhuhu~

Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:
  1. Meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu
  2. Pemiutang selalu mengganggu anda untuk mendapatkan bayaran
  3. Membuat bayaran minimum untuk kad kredit
  4. Memaksimumkan penggunaan kad kredit
  5. Meminjam untuk membayar bil-bil biasa
  6. Sukar mendapatkan pinjaman
  7. Saudara dan kawan-kawan mula menjauhkan diri
  8. Simbahan cat merah di dinding rumah anda!!



Tapi. masih belum terlambat. Kalo nak tanya saya, err....saya bukan la pakar sangat. Boleh sikit-sikit jer...Tapi kalau anda semua nak dapatkan nasihat, cer try tanya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (END)

Di hospital.


Nurse: Amran, pesakit yang baru dihantar ke sini? Doktor sedang memberi keterangan tentang kecederaannya kepada kawan-kawannya.


Aku berpaling untuk melihat doctor tersebut. Aku mendengar keterangannya. Doctor itu ialah…Othman!


Othman baru selesai memberi penerangan mengenai kecederaan Amran kepada kawan-kawannya.


Dia: Itu saja.


Ketika Othman nak menuju ke bilik kecemasan, dia ternampak Hanisah.


Dia: Hanisah….kenapa kau datang ke sini?
Aku: Teman lelaki saya……pesakit yang baru dimasukkan ke sini tu, teman lelaki saya.
Dia: Begitu rupanya.

Dia: Lampu pentas yang rosak terjatuh dan terhentuknya. Walaupun nyawanya x terancam, tapi kaki kirinya cedera parah. Harus dibedah baru boleh tahu keputusannya. Kalau teruk sangat, terpaksa dipotong.


X mungkin….kalau itu berlaku…impian Amran….


Aku: Othman, tolonglah……impiannya ialah untuk menjadi seorang pelakon. Tolonglah selamatkannya.


Aku menuggu diluar bilik kecemasan. Menanti pembedahan yang dilakukan ke atas Amran, berjalan dengan lancar. Aku x henti-henti menangis. Berdoa semoga dia selamat. Lalu kawannya menegur aku.


Kawan: Apa khabar…saya kawan sekumpulan dengan Amran. Amran tercicir benda ni ketika kemalangan tu berlaku. Dia kata nak jadi seorang pelakon terunggul demi teman wanita dia. Dia tu selalu simpan benda ni dalam sakunya setiap kali dia berlatih. Sebab dia kata, itu adalah azimatnya.


Amran, walaupun berjauhan….hatinya tetap bersama saya. Aku mentap gambar yang diberikan oleh kawannya. Gambar yang Amran selalu bawa. Gambar aku yang ketika itu sedang gembira makan burger.


Aku menanti proses pembedahannya dengan penuh sabar. Akhirnya lampu kecemasan padam. Othman keluar dari bilik tersebut. Aku takut untuk mendengar keputusan pembedahan tersebut.


Aku: Othman….
Dia: Jangan risau….dia akan dapat berjalan semula walaupun terpaksa mengambil masa lama menjalani fisioterapi. Pergilah temankannya sehingga dia sedar.


Alhamdulillah. Aku begitu gembira keadannya dah selamat.


Dia: Bila aku lihat wajah kau tadi……saya dah putus hati….


Othman…


Dia: Saya patut terus mengejar impian saya.
Aku: Terima kasih Othman.


Aku hanya melihat Othman berlalu pergi. Lalu aku menuju ke bilik Amran. Aku melihat dia masih terlantar x sedarkan diri. Wajahnya sungguh tenang.


Bersama pergi ke tepi pantai….


Dalam masa 2 tahun ni….pantai adalah tempat kenangan pahit aku.


Mulai hari ini, aku akan jadikan pantai itu sebagai tempat kenangan baru aku, bersama Amran.

Tamat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (8)

Di bilik kuliah….

Kawan1: Hanisah, saya balik dulu. Jumpa lagi.
Aku: Ya.

Aku sedang mengemas meja. Teringin nak baca paper pulak. So, aku pun ambil paper kat meja kawan aku ni. Ntah macam mana pegangan aku terlepas. X pasal-pasal kene kemas balik. Huhuhu…

Eh, Amran? Kenapa ada gambar dia dalam paper ni?

Tajuk Akhbar:
Betty Bennade: Dengan pelakon muda. Perjumpaan sulit di waktu malam.

Dalam gambar tersebut, Amran sedang memeluk seorang perempuan. Tapi wajah perempuan tersebut x jelas sebab dia membelakangi kamera.

Tengah malam 21hb….

Itu harijadi saya!

Kawan2: Hanisah, kenapa ni?

2 tahun lalu…..

Dia: “Saya x sedar masa tu….Saya x bertujuan mengkhianati kau.”

Kesedihan….

Perasaan sengsara….

Aku ingat Amran x akan mengkhianati aku….

Aku begitu percayakannya…

Bali dari rumah, aku terus menuju ke bilik dan menangis sepuasnya sehingga aku rasa aku sudah x mampu mengalirkan air mata.

Hari Jumaat yang Amran janjikan untuk berjumpa dah tiba. Dia menuggu di luar bangunan aku. Aku sengaja datang lewat membiarkan dia menunggu lama. Aku nak buatkan dia rasa sakit hati sebab hati aku juga sakit! Aku Cuma memandangnya dari tingkat atas. Jika aku turun sekrang, dia akan Nampak wajah aku yang sembab. Jadi, aku buat keputusan untuk tidak turun bertemu dengannya. Akhirnya dia balik rumah. Kebetulan, aku xde kelas tambahan untuk dihadiri.

Keesokannya, aku keluar dari rumah untuk berjalan-jalan. Aku melihat ke tingkat bawah dan aku dapati Amran tiada di situ. Jadi, aku beranggapan, dia mesti sibuk dengan teater tu. Sibuk dengan perempuan tu.

Dia: Hanisah.

Eh, dia datang. Menuggu aku disebalik dinding bangunan. Betul-betul terlindung dari tingkap bilik aku. Bangunan tempat tinggalku berdekatan dengan taman. Disitulah dia menuggu aku.

Dia: Abang risau bila sayang x datang semalam. Abang tahu abang x dapat jumpa sayang disini.

Kami berdua berjalan menuju ke taman. Aku xde hati nak bercakap dengan dia.

Dia: Kenapa sayang semalam? Telefon bimbit pun x pasang.
Aku: Sayang……sayang tahu abang sibuk dengan kerja pementasan, tapi sayang betul-betul nak raikan harijadi sayang dengan abang.
Dia: Hanisah?
Aku: Hari tu, abang kata minum bersama kawan-kawan abang, siapa sebenarnya bersama abang?
Dia: Sayang dah nampak laporan di akhbar tu? Xkan sayang percaya itu semua?
Aku: Semua orang dah Nampak. X mungkin sayang x rasa apa-apa!

Aku begitu percayakannya…

Aku: Sayang…..Hari tu sayang terserempak dengan teman lelaki lama sayang.

Aku x ingin lagi menanggung penderitaan itu.

Aku: Dia beritahu sayang, dia ingin kembali ke sisi sayang.

Aku nak tahu, perasaan kau terhadap aku.

Dia: Gambar itu Cuma taktik paparazzi je. Ketika tu kami sedang minum. Cik Betty dating dengan kawan-kawan dia. Masa tu pula, kebetulan dia pening kepala. Abang x tahu, rupanya sayang x percayakan abang. Kakalu begitu……teman lelaki lama sayang nak kembali ke sisi sayang? Mesti sayang rasa terharu kan?

Aku dah tahu tabiat dia. Jika dia marah, dia akan masukkan tangan dia dalam poket seluar. Aku tahu dia akan marah tapi aku tetap provoke dia.

Dia: Kalau begitu…..suka hati sayang lah. Nak buat apa……sayang buat keputusan sendiri! Ini untuk awak…kalau awak nak buang pun x apa. Barang murah.

Dia mengeluarkan kotak kecil yang dibalut dengan reben berwarna pink. Nampka comel sangat. Kemudian, dia meletakkannya di atas bangku taman dan berlalu pergi tanpa melihat aku lagi.

Aku…..juga x memandangnya. X juga menghalangnya. Aku Cuma biarkan dia pergi.

Aku melihat hadiah pemberiannya . Amran….

Balutan kotak tu ku buka….

Cincin perak yang halus…

Sejak bertemu dengan Othman,,aku hilang keyakinan terhadap percintaan aku. Aku rasa x sedap hati. X dapat percaya penuh terhadap Amran.  Aku telah menyakitinya. Dan barulah semua itu boleh berlaku.
Aku letakkan cincin perak bersebelahan dengan ranai berlian. Nampaknya, aku lebih menghargai cincin perak yang halus ni daripada rantai berlian.

Mungkin semuanya sudah terlambat, tapi….

Aku  nak jumpa Amran….

Aku nak minta maaf dengannya.

Aku bersiap dan  menuju ke Nanan Teater. Di hadapan pintu masuk Nanan Teater, tertulis “Kakitangan Sahaja”.  Tapi aku redah jugak dan aku bertemu dengan seorang krew di situ.

Aku: Tumpang Tanya, Amran Ramli ada di sini x?
Krew: Dia….ditimpa kemlangan semasa latihan.
Aku: Ha?
Krew: Amran…..dia tercedera. Kami dah hantarnya ke hospital.

Apa? Dia kemalangan? Cedera? Aku masih bersalah dengannya. Aku nak minta maaf sebab mengecewakannya. Aku nak berjumpa dengan dia sangat-sangat. Aku menuju ke hospital yang menempatkan Amran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (7)

Aku melihat hadiah pemberiannya tanpa menyentuhnya langsung. Setelah agak lama duduk di restoran tersebut, aku balik ke rumah.

Aku terus menuju ke bilik dan meletakkan hadiah pemberian Othman di atas meja. Aku merenung kembalik hadiah tersebut. Aku x boleh terima hadiah yang begitu berharga.

Kenapa aku x terus beri dia jawapan?

Aku ingat, bila bertemu dengan Amran,  aku akan lupakan peristiwa yang lalu…..

Aku cuba memejamkan mata dan mengenang kembali kenangan manis aku bersama Othman.

Samudera yang penuh kenangan manis bila bersama Othman. Aku x pernah lagi kembali ke sana selepas kami berpisah.

Mungkin aku berasa takut…..

Takut, aku akan teringatkan Othman.

Tiba-tiba khayalan kenangan yang bermain di mindaku, terpadam. Telefon bimbitku berbunyi. Aku mencari di mana aku letakkan telefon tersebut. Rupa-rupanya ada di dalam handbag aku.

Dia: Helo…
Aku: Abang…
Dia: Pementasan dah tamat. Abang sedang minum bersama kawan-kawan. Abang minta maaf pasal hari ni.
Aku: X mengapa….
Dia: hari Jumaat depan abang belanja sayang makan untuk menebus kesalahan abang hari ni.

Hatiku rasa bersalah…

Aku: Ya….pukul 5….

X dapat memarahinya…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (6)

Aku: Beli hadiah untuk teman wanita?
Dia: Hanisah? Ya…..

Aku dah agak….dia x mungkin x ada teman wanita.

Dia: Kalau kau, yang mana satu kau suka?

Tanpa aku jangkakan, dia meminta pendapat aku unutk membeli hadiah buat teman wanitanya. So, aku pun melihat perhiasan-perhiasan tersebut. Menarik. Banyak yang cantik-cantik ukirannya dan perhiasan yang telah menarik perhatian aku ialah…..

Aku: Wah, rantai berlian! Saya sukakan yang ini.

Dia pun membeli rantai tersebut untuk teman wanitanya. Kemudian, dia mengajak aku pergi minum petang di Restoran S. bersebelahan je dengan kedai perhiasan wanita tadi.

Dia: Maafkan saya. Kau pula yang temankan saya beli hadiah.
Aku: X apa. Itu pun saya x buat apa-apa. Teman wanita kau memang bertuah. Kau berikan hadiah yang begitu mahal untuknya.
Dia: Kau ada teman lelaki?
Aku: Ya.
Dia: Bagaimana orangnya?
Aku: Eh? Kenapa kau tanya?
Dia: Cuma nak tahu. Lelaki jenis apa yang tinggalkan kau seorang diri pada harijadi kau?
Aku: Othman.
Dia: Ini untuk kau.

Dia meletakkan bungkusan hadiah yang baru di beli tadi di atas meja dan menolaknya ke arahku. Katanya, hadiah itu untuk aku. Biar betul? Bukan untuk teman wanita dia?

Dia: Selamat harijadi.
Aku: Othman, kau masih ingat harijadi saya?
Dia: Bila dengar nama kau dipanggil semasa di pasaraya haritu, sebelum disedari, saya dah bertindak. Selama ni,  saya masih merindukan kau. Dalam 2 tahun ni, x pernah saya lupakan kau.

Othman…..

Dia: Saya masih mempertimbangkan samada nak melanjutkan pelajaran perubatan saya di Amerika. Saya tahu saya x berhak berkata begitu…..tapi…..sudikah kau pergi bersama saya? Saya ingin bercinta semula dengan kau.

Aku: Othman, kau betul-betul ikhlas?
Dia: Saya tahu kau dah ada teman lelaki. Kau x jawab pun x apa. Cari saya bila dah buat keputusan.

Othman bangun sambil menyerahkan kad persendiriannya. Dia x berlama-lama dengan aku di sini. Aku cuma mampu melihat dia bangun dan meninggalkan aku di sini seorang diri bersama fikiran yang berkecamuk. Sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu, dia menoleh melihat aku.

Dia: Saya tunggu kau.

Itulah perkataan terakhirnya sebelum dia hilang dari pandanganku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS