KELAHIRAN LUAR BIASA DI PLANET BUMI

Ibu Termuda Di Dunia (5 Tahun)
Lina Medina, di sahkan sebagai ibu paling muda dalam sejarah perubatan. Dia yang dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil di Paurange dan hanya berumur 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anak lelakinya pada 14 May 1939. Pada mulanya,  ibu bapa Lina Medina menyangkakan bahawa anak mereka yang berusia 5 tahun mengalami tumor perut dan bapanya menghantarnya ke hospital untuk rawatan. Tetapi imbasan menunjukkan bahawa Lina mengandung dan berat anaknya ialah 2.7 kg.


Bayi Terkecil Di Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan panjang, 10 inci dan berat hanya 8.6 ounces. Emaknya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari. Bayi tersebut dilahirkan di Loyola University Medical Center in Maywood.


Lelaki Pertama Di Dunia yang Bergelar Ibu

Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menukar jantinanya kepada lelaki, 10 tahun yang lepas. Apabila isterinya Nancy yang berusia 34 tahun tidak mampu memberikan zuriat disebabkan pembedahan "hysterectomy", Thomas Beatie telah membuat keputusan untuk memiliki anak sendiri melalui rawatan "artificial insemination".

*Hyterectomy = proses membuang rahim , biasanya dilakukan oleh "gynecologist" (pakar kandungan).
*artificial insemination = proses dimana sperma ditempatkan ke dalam saluran pembiakan wanita untuk mengandung selain hubungan seksual.


Kembar Hitam dan Putih

Ini adalah satu dalam sejuta kembar yang hidup dengan memiliki perbezaan kulit dan warna mata.Marcia dan Millie Biggs, keduanya berumur 4 tahun, telah mengejutkan para doktor, guru dan orang sekeliling apabila mengesahkan bahawa mereka sebenarnya adalah kembar. Marcia yang berambut perang memiliki gen dari emaknya manakala Millie, yang berkulit gelap menyerupai bapanya.


Anak Yang Paling Ramai Dilahirkan Pada 1 Kelahiran (8 bayi)

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila melahirkan 8 orang bayi dalam 1 kelahiran sahaja pada bulan Januari 2009. Kesemua bayinya dikandung melalui persenyawaan "in-vitro". Ibu tunggal yang menganggur ini, sudah memiliki enam anak di rumah  juga melalui persenyawaan "in-vitro". Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez dikenali sebagai "Octomom".


Wanita Tertua Di Dunia yang Pertama Kali Bergelar Ibu

Wanita India, Rajo Devi Lohan melahirkan anak pertamanya pada November 2008 ketika dia berumur 70 tahun. Baginya, anaknya adalah sesuatu yang x disangka setelah menanti cahaya mata selama hampir 40 tahun.


Ibu Yang Tidak Mempunyai Kaki dan 1 Tangan


Melek, 24, bergelar ibu kepada bayi yang berusia 9 bulan, Semih. Walaupun tidak mempunyai kaki dan hanya 1 tangan, dia masih mampu mempunyai bayi melalui pembedahan "Caesarean".


Ibu Bapa Gelap dan Bayi Putih

Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan anak perempuan yang memilki kulit cerah, berambut perang dan bermata biru yang telah mengejutkan semua pakar. Bayi tersebut bukan albino. Ujian saintifik juga     telah memadamkan gosip ketidaksetiaan isteri. Bayi tersebut diberi Nmachi yang bermaksud "Beauty of God".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ShidaHaron said...

ada beberapa info terbaca dekat infiniti. =D

Amoi_Soya said...

apa salahnyer bc lg~~hehehe

Post a Comment