CINTA SEINDAH LANGIT (4)

Keesokan harinya....

Di dalam kelas 1-5, Sora sedang melihat majalah makanan tapi untuk mengelakkan diketahui orang, dia gunakan buku teks Matematik untuk sorok majalah. Sora begitu khusyuk membaca majalah tersebut dan membaca senarai makanan sampai terangguk-angguk.

Monolog: Hmm.....Hmm....Perlu beli ni! Balik nanti singgah beli la! Pastu esok pulak....

Haruki: Oi!
Sora: Erm?
Haruki: Balik nanti kita pergi Kedai Ramen Honkaku-tei buat persiapan terakhir kan?

Sora terkejut melihat Haruki muncul tiba-tiba depan matanya. Dengan perasaan cemas dan agak kelam kabut, Sora cuba menyorok majalah tersebut dari diketahui oleh Haruki.

Sora: ?! Eh? Erm!!! Ah...Tapi saya datang lewat sikit kot. Sori ya...Nak kene beli barang....
Haruki: Okey.

Haruki berasa agak pelik dengan kelakuan Sora tapi Haruki diamkan saja. Haruki pun berlalu dari situ.

Monolog: Bahaya betul. Hampir je kantoi tadi...Aku ternampak kad pelajar Haruki tempoh hari. Hari jadi Haruki jatuh pada 24 haribulan Disember la!!! Sebab tu aku nak sorok-sorok buat kek untuk dia. Nak buat surprise party pada dia! Camne agaknya reaksi dia nanti ya? Fufufu!

Ting! Tong! Tang! Tong!Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

*dalam Kedai Ramen

Sora: Rei-kun, Youji-kun, Misaki-kun...saya ada nak cakap sikit....
Youji: Hmm?
Misaki: Sora-chan?

Sora datang kepada mereka bertiga dan memanggil nama mereka secara berbisik.

Sora: Sebenarnya.....

Pakatan pun bermula.

*23 Disember, sehari sebelum Parti Krismas
*Di depan pintu kedai ramen.

Haruki: Ha? tak payah datang tolong?

Haruki tak puas hati dengan rancangan Sora.

Sora: Erm ya....Terima kasih la sebab dah banyak bantu saya selama ni. Asyik susahkan awak je kan? Selebihnya biar kami yang buat.
Haruki: Apa yang kau merepek ni? Biar la kita sediakan semuanya sama-sama.

Haruki cuba menyelak kain langsir yang terletak di depan pintu kedai ramen. Sora terkejut dengan tindakan Haruki. Dia tak boleh benarkan Haruki masuk ke kedai tersebut. Kalau tidak, habisla rancangannya selama ni untuk buat kejutan pada Haruki. Sebelum Haruki tahu, dia mesti halang sedaya-upaya.

Sora: Ah....Hei....Haruki?! Tunggu jap!!!

Dong! Sora terus menolak Haruki ke tepi dinding kedai ramen.

Sora: Ah....
Haruki: Apa hal ni? Tiba-tiba je...Aku tak kisah pun tolong korang....
Sora: Tapi....

Haruki menjadi berang dengan tindakan Sora yang tiba-tiba. Dia juga marah dengan Sora kerana menghalang dia dari menolong menyiapkan Parti Krismas.

Haruki: Bukan ke kita berdua yang mulakan rancangan ni? Aku sorang je ke yang anggap begitu?

Sora begitu terkejut kerana pertama kali dia melihat Haruki sebegitu marah. Dia tak menyangka perkara ini akan terjadi.Niatnya cuma nak buat kejutan pada Haruki tapi bukan membuatkan Haruki marah pada dia.

Haruki: Aku takkan datang esok. Buatla suka hati kau.
Sora: Uh...

Monolog: Camne ni...Apa yang patut aku buat...?

Sora: Haruki.....Tunggu!!! Esok awak mesti datang Parti Krismas tau! Awak mesti datang!!!

Monolog: Haruki...Aku cuma....Persekolahan di Sekolah Tinggi Sora Iro ni jadi seronok bermula dari sebab aku bertemu dengan Haruki. Selalu cakap kasar tapi sudi dengar cerita aku. Parti Krismas ni pun semuanya sebab Haruki yang tolong. Sebab tu la...aku cuma nak tunjukkan rasa terima kasih ni padanya...

*24 Disember, Malam Krismas

Sora telah datang ke kedai ramen. Sesuatu mengejutkan telah berlaku.

Sora: Kenapa jadi begini....? Kenapa semuanya dah hilang? 

Kedai ramen yang sebelum ni telah dihias menjadi cantik sebab nak sambut Parti Krismas menjadi seperti sediakala. Seperti tidak pernah berlaku apa-apa. Suasana lengang. Tiada siapa yang ada dalam kedai ramen tersebut. Sora terduduk melihat keadaan dalam kedai tersebut.

Monolog: Betul juga....Semua orang berkumpul disebabkan Haruki yang ajak. Haruki tak datang jadi nereka pun tak datang la. Kenapa semuanya serba tak jadi ni....

Sora: Saya cuma nak lihat awak gembira....

Seluruh badan Sora lemah, hilang semangat dan keyakinan sehingga dia terbaring di lantai kedai ramen. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di bawah meja.

Sora: Kad pelajar Haruki...?

"Datang ke kelas 1-5.."

Setelah terbaca arahan pada kad tersebut, Sora bergegas menuju ke kelas 1-5. Dia lari sepantas yang mungkin.

Monolog: "Datang ke kelas 1-5. Cepat!!!" Haruki....Kenapa pergi ke kelas pula?

Sora pun sampai ke kelas 1-5. Penuh berhati-hati dia membuka pintu kelas.

Pam Pam Paaaaang

Pelajar lelaki kelas 1-5: Merry Christmas!!! Sora.....selamat datang ke kelas 1-5!!!

Sora tergamam dengan apa yang berlaku di depan matanya. Kelas 1-5 indah dihiasi dengan perhiasan untuk menyambut Parti Krismas. Suasana menjadi bising. Sora tertanya, apa yang telah berlaku sekarang. Dia menjadi keliru.

Sora: Semua orang...Kenapa....
Haruki: Belajar 100 ribu tahun lagi baru boleh surprise kan aku. Heh!

Monolog: Haruki....

Haruki: Jadi aku balas balik buat welcome party untuk kau!!
Sora: Isk....Terkejut saya...Hahaha...

Sora menjadi terlalu gembira sehingga menitis airmatanya.

Monolog: Balas balik...?Ini merupakan hadiah Krismas terbaik. Terima kasih Haruki. Walaupun aku tak dapat buat kejutan parti pada kau....

Sora: Sudi tak awak terima ni? Selamat Hari Jadi.

Sora menghulurkan sebungkus hadiah yang dibalut dengan kemas kepada Haruki. Haruki tak menyangka dia akan menerima hadiah pada hari lahirnya. Disebabkan terlalu gembira, Haruki telah berlaga dahi dengan Sora. Tok!

Haruki: Fuu! Terima kasih...Sora!

Jantung Sora berdegup kencang dengan tindakan Haruki. Degup!

monolog: Dalam keputihan salji malam di musim sejuk tu....Hati aku sikit demi sedikit....mula dicalit dengan warna cinta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment