CINTA SEINDAH LANGIT (6)

Sora: Kelas 1-5 kita dipandang rendah oleh kelas lain. Saya tau apa yang diorang cakap tu tak benar. Tapi sebab tulah saya rasa sedih. Saya nak diorang tahu kalau kita betul-betul serius....kelas kita tak kurang hebat juga. Saya pun nak berlagak jugak!!!

Sora luahkan segala isi hatinya dengan penuh berkarisma sehingga pelajar kelas 1-5 tak mampu membalas kata Sora. Masing-masing segan dengan Sora.

Pelajar 8: Uh...Begitu jujur!!! Kami pulak yang rasa segan bila dengar.
Peljar 10: Ceh...Terpaksa la...Sebab kau beria-ia sangat...kami sanggup ambil bahagian dalam pertandingan tu.

Akhirnya mereka tewas tanpa melawan dengan kehendak Sora. Sora sangat gembira mendengar persetujuan dari mereka semua.

Sora: Betul ke?!

Haruki pula tidak menyangka yang pelajar kelas 1-5 akan bersetuju dengan Sora.

Haruki: !!
Sora: Yay! Kalau macam tu biar saya pergi ambil borang penyertaan sekarang jugak. Gembiranya...

Rei menuju ke tempat duduk Haruki.

Rei: Nampaknya kali ini dia berjaya tanpa bantuan awak.
Haruki: Rei...
Rei: Kelas 1-5 dah mula terima dia.
Haruki: Tu la...Asalkan berkaitan aktiviti sekolah je mesti bersemangat betul.

Sebelum Sora melangkah keluar dari kelas untuk ambil borang pertandingan, Haruki telah memanggilnya.

Haruki: Sora!
Sora: Erm?
Haruki: Kau memang hebat.

Haruki mengucapkan kata-kata semangat yang membuatkan jantung Sora berdegup kencang lagi sekali. Haruki ucapkan dengan senyumannya yang menawan. Ucapan yang penuh keikhlasan. Di mata Sora, dia seperti nampak sinar cahaya yang terang pada Haruki.

Kenapa dengan aku ni....Bila nampak je wajah Haruki tersenyum padaku....aku rasa...sangat gembira.

*Hari Pertandingan Dodgeball

Pada hari tersebut, suasana sungguh meriah. Lagu-lagu yang menaikkan semangat dipasang dan bergema di seluruh kawasan sekolah. Para pelajar juga menikmati suasana tersebut. Ada yang berjalan-jalan disetiap gerai menikmati makanan yang enak-enak. Ada yang seronok bergambar. Ada juga tidak berbuat apa-apa cuma berjalan menikmati suasana indah dan penuh keramaian. Di satu bahagian, terdapat sebuah gelanggang yang dikelilingi oleh para penyokong. Itulah gelanggang dodgeball. Ketika ini, terdapat dua pasukan yang sedang bersaing untuk mendapat kemenangan. Di bahagian persediaan untuk pemain, beberapa pelajar sedang bercerita mengenai pelajar kelas 1-5.

Pelajar 1: Saya ingat ada orang bergurau bila dengar pelajar kelas 1-5 pun ambil bahagian...Tak sangka mereka betul-betul join...
Pelajar 2: Budak-budak kelas akademik patut belajar je. Mana reti bersukan.
Pelajar 3: Eh? Tapi...Nampaknya...Kelas 1-5 mara ke akhir?! Siap tunjuk muka berlagak plak tu.

Ketika itu, mereka semua pandang ke arah pelajar kelas 1-5. Pelajar kelas 1-5 cuma senyum sinis sahaja lebih-lebih lagi Sora. Begitu kool pandang pelajar kelas lain dengan sedikit perasaan bongkak(heh).

Pelajar 4: Biar betul?! PElajar kelas 1-5 begitu kuat ke?
Pelajar 5: Err...yang hebat cuma budak pompuan yang baru pindah tu je. Semua bola pun dia yang baling.
Pelajar 6: Eh? Abis yang lain camne?
Pelajar 5: Yang lain tu cuma hebat mengelak je.
Pelajar 4: Dengan kata lain, satu kumpulan yang ada kombinasi seimbang la.

Sora terlalu gembira kerana pasukannya mampu mara ke peringkat akhir.

Sora: Lantak la diorang nak kata apa pun. Hahaha! Saya memang aktif bersukan. Ni pun salah satu taktik kita juga.
Pelajar 3: Tapi akhir nanti korang kene jumpa kelas sukan. Okey ke?
Sora: Takpe. Okey je!!! Hmm...saya pergi basuh muka kejap ye.

Sora pun menuju ke sinki dan membasuh mukanya. Badannya berpeluh dengan banyak ditambah pula dengan cuaca yang panas ketika itu. Setelah selesai Sora membasuh muka, dia mengesat wajahnya menggunakan sehelai kain. Tanpa dia sedar, ada 3 orang pelajar menghampirinya dari belakang.

Sora: Tak sangka kelas 1-5 boleh sampai ke peringkat akhir.

Lelaki A: Tapi dalam pusingan yang seterusnya yang akan menang ialah kami dari kelas Sukan 1-1!!!

Sora geram mendengar keyataan dari mulut pelajar tersebut.

Sora: Hmm...ye la tu...Eh?

Sora terkejut kerana dia rasa seperti badannya tak mampu dikawal. Tiba-tiba dia rasa tidak stabil. Ada sesuatu yang telah menolaknya dari belakang. Tanpa dapat dikawal Sora telah jatuh tertiarap di atas tanah.

Sora: Apa?
Perempuan A: Eh? Sori ya.
Perempuan B: Tak perasan plak awak ada kat situ.

Sora tak mampu nak kata apa-apa mendengarkan jawapan dari mereka.

Monolog: Tipu! Nampak sangat sengaja tolak aku tadi. Tak guna punya budak kelas sukan...

Lelaki A: Hei, tak baik la buat macam tu.
Perempuan A: Eh? Kami tak buat apa-apa pun.
Perempuan B: Dah la. Jom pergi!!!

Mereka bertiga pun berlalu pergi dari situ. Sora berasa sangat sakit hati dengan tindakan mereka.

Sora: Tak guna...!!! Tak boleh dimaafkan!!!

Sora cuba untuk bangun. Nasib baik tiada bahagian tubuhnya yang cedera. Baru saja Sora nak bangun, dia rasa seperti tubuhnya menjadi ringan. Dia berasa pelik. Apa yang berlaku.

Sora: Ehh..?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment