MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (6)

Aku: Beli hadiah untuk teman wanita?
Dia: Hanisah? Ya…..

Aku dah agak….dia x mungkin x ada teman wanita.

Dia: Kalau kau, yang mana satu kau suka?

Tanpa aku jangkakan, dia meminta pendapat aku unutk membeli hadiah buat teman wanitanya. So, aku pun melihat perhiasan-perhiasan tersebut. Menarik. Banyak yang cantik-cantik ukirannya dan perhiasan yang telah menarik perhatian aku ialah…..

Aku: Wah, rantai berlian! Saya sukakan yang ini.

Dia pun membeli rantai tersebut untuk teman wanitanya. Kemudian, dia mengajak aku pergi minum petang di Restoran S. bersebelahan je dengan kedai perhiasan wanita tadi.

Dia: Maafkan saya. Kau pula yang temankan saya beli hadiah.
Aku: X apa. Itu pun saya x buat apa-apa. Teman wanita kau memang bertuah. Kau berikan hadiah yang begitu mahal untuknya.
Dia: Kau ada teman lelaki?
Aku: Ya.
Dia: Bagaimana orangnya?
Aku: Eh? Kenapa kau tanya?
Dia: Cuma nak tahu. Lelaki jenis apa yang tinggalkan kau seorang diri pada harijadi kau?
Aku: Othman.
Dia: Ini untuk kau.

Dia meletakkan bungkusan hadiah yang baru di beli tadi di atas meja dan menolaknya ke arahku. Katanya, hadiah itu untuk aku. Biar betul? Bukan untuk teman wanita dia?

Dia: Selamat harijadi.
Aku: Othman, kau masih ingat harijadi saya?
Dia: Bila dengar nama kau dipanggil semasa di pasaraya haritu, sebelum disedari, saya dah bertindak. Selama ni,  saya masih merindukan kau. Dalam 2 tahun ni, x pernah saya lupakan kau.

Othman…..

Dia: Saya masih mempertimbangkan samada nak melanjutkan pelajaran perubatan saya di Amerika. Saya tahu saya x berhak berkata begitu…..tapi…..sudikah kau pergi bersama saya? Saya ingin bercinta semula dengan kau.

Aku: Othman, kau betul-betul ikhlas?
Dia: Saya tahu kau dah ada teman lelaki. Kau x jawab pun x apa. Cari saya bila dah buat keputusan.

Othman bangun sambil menyerahkan kad persendiriannya. Dia x berlama-lama dengan aku di sini. Aku cuma mampu melihat dia bangun dan meninggalkan aku di sini seorang diri bersama fikiran yang berkecamuk. Sebelum kakinya melangkah keluar dari pintu, dia menoleh melihat aku.

Dia: Saya tunggu kau.

Itulah perkataan terakhirnya sebelum dia hilang dari pandanganku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Korang Sakit X??



Korang ada sakit-SAKIT PERUT? SAKIT KEPALA ke? Atau kurang semangat (asyik LETIH je)...X pun, ada x sapa-sapa sedara korang yang KENCING MANIS,DARAH TINGGI, kene DEMAM DENGGI? dan lain-lain sakit...bukan sakit jiwa  ok....itu, x mampu den nak nolongnyer~~

Korang mesti nak tau kan kenapa saya tanya mcm ni?? Haaa....sebab saya nak perkenalkan sejenis minuman ni, baik untuk korang and keluarga, sahabat handai juga.....hehehehe....

Saya dah minum minuman ni....Alhamdulillah....sedap dan berkhasiat....kompem la berkhasiat kan?? Kalo x, kenapa minum, ye x?

Kalau korang nak tau khasiat minuman ni, boleh le layari kat sini: http://nightstarshop.blogspot.com/2011/08/apa-yang-ada-pada-vemma.html

Saya nak tolong promote kan....beli la~~~ beli la~~~hehehe...^_^..Kalo korang x faham sangat mcm ne nak beli minuman ni, boleh le tanya tuan empunya.....nightstarshop tu ler........ke korang malu?? nak bertanya kat saya pun boleh~ meh cni saya terangkan...meh2~~







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS JIMAT MINYAK KENDERAAN

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mempunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahan api secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

11. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan tinggi.

12. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan 45% minyak. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan gear.

13. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

14. Kurangkan perjalanan jarak dekat. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

15. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.

16. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

17. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

18. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.

19. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan semakin bahan api digunakan.

20. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.

21. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

22. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali).

23. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.

24. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

25. Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).

26. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.

27. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan..

28. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

29. Jangan membawa barangan terlalu banyak bahan kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.

30. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

Sumber: http://www.ciktom.com/tips-jimat-minyak-petrol-dan-diesel/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (5)

Seperti yang dijanjikan, aku menunggu Amran di hadapan pasaraya W. hemm….dah janji pukul 2 petang. Dia lambat lagi! Xkan dia lupa hari ni harijadi aku? X mungkin, kami dah janji. Setelah agak lama menuggu, aku cuba menghubungi Amran.

Aku: helo, helo! Abang…
Dia: Maafkan abang, sayang. Abang sedang dalam perjalanan ke Temerloh.
Aku: Kenapa?
Dia: Kawan-kawan di teater baru je telefon abang. Mereka kata abang boleh pertunjukkan En. Mamat Khalid. Maafkan abang….. Abang teringin menyaksikan pementasan itu. Abang tentu akan luangkan masa untuk sayang.

Aku…..x tahan mendengar alasannya lagi. Lalu aku terus memutuskan panggilan.

Dia: Helo? Helo, sayang?

Aku ingat aku memahami….. 

Aku sukakan dia yang bercita-cita untuk Berjaya dalam bidang lakonan dan berusaha mencapai matlamat itu……

Tapi……..

Macam ni….

Dah melampau!

Dan aku terpaksa sentisa menantikannya?

Apakah….ia akan selalu begitu?

Dia x dapat datang untuk menyambut birthday aku jadi buat apa aku tunggu di sini lama-lama? Hemm, aku pun menuju ke sebuah restoran. Sengaja datang ke sana untuk minum-minum sambil cuba menyejukkan hati yang panas ni.

Ketika kakiku melangkah menuju Restoran S, aku ternampak seseorang yang kau begitu kenali. Rambutnya yang hitam berkilat dan berombak. Bentuk rambut yang aku suka. Lelaki yang pernah bertakhta di hatikusuatu ketika dahulu. Dia menuju ke kedai perhiasan wanita yang berada di sebelah Restoran S.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (4)

Dia: Lama x jumpa.

Aku: O T H M A N.

Dia: Membeli-belah?

Tak mungkin….

Aku: Oh……. Ya.

Kenapa dia boleh berada di sini?

Dia: Kau dah potong rambut.

Suara yang x dapat aku lupakan…..

Aku: Ya….. kau…..apa khabar?

Dia: Baik. Saya bekerja di Hospital D.
Aku: oh, begitu…..Emmm…saya da hal sikit. Minta diri dulu.
Dia: Baiklah.

Aku…..kenapa? kenapa jantung aku berdebar-debar? Aku x sangka langsung akan berjumpa dengannya di tempat itu.

Aku x sedar aku dah menjejakkan kaki aku dihadapan rumah aku. Fikiran aku asyik memikirkan pasal dia.

Tanpa sempat menyalin baju, aku terus berbaring di atasa katil, meletakkan tangan di dahi sambil mengenang kembali pertemuan kami tadi.

Othman…..dah jadi lebih matang. Suranya yang lembut….tangannya yang mengusap rambutku….pernah berpegangan tangan di tepian pantai.

Sikit demi sedikit, memori masa lampau menerjah kotak fikiranku. Memori tentang dia . Ketika itu, aku bergaduh besar dengan dia. Air mataku ketika itu begitu murah. Mengalir tanpa henti di atas tindakannya yang begitu mengguris hati wanitaku.

Aku: Kau dah melampau! Kau kata kau pening kepala, semua tu cuma alasan!

Kejadian tu dah berlaku….Tapi, bila berjumpa dengannya, hatiku masih berdebar-debar?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENYUSUR PANTAI DI MUSIM LALU (3)

Petang tu, sewaktu menuju ke rumahku, selepas berjumpa dengannya, aku singgah ke pasaraya. Sengaja nak melihat-lihat beg-beg tangan yang cantik dan murah. Beg di Pasaraya Y banyak pilihan. Aku selalu jugak singgah ke sana nak membeli beg. Aku ni gila beg sikit. Hehehe…..

Kemudian, perhatian aku tertarik kat sepasang kekasih ni. Mereka Nampak sungguh mesra. Eh, aku dengan dia pun mesra jugak pe! Tapi kan, pakwe perempuan tu memberikan kekasihnya hadiah yang kekasihnya minat.

Bagus betul…..aku harap Amran juga berikan aku hadiah.

Tak mungkin….dia lain. 

Pelajaran aku dibiayai oleh ibubapa ku tapi dia terpaksa berusaha sendiri untuk mencari nafkah hidupnya dengan bekerja. 

Lagi pun….

Dia: Manalah abang ada duit? Dalam dompet ni ada 10 hengget je.

Itulah…..itulah…..Hemm….Dia memang begitu! 

Tiba-tiba, seorang pekerja pasaraya memanggil namaku melalui intercom yang terdapat di dalam pasaraya tersebut.

Intercom: Cik Hanisah, sila dating ke kaunter pelanggan di tingkat 2 untuk mengambil barang cik yang tercicir.
Aku: Eh? Aku ada cicir apa-apa ke? Dompet? Ada je…. Handphone? Pun ada…apa ye yang cicir?

Aku pun segera menuju ke kaunter pelanggan di tingkat 2 untuk mengambil barang aku yang tercicir. 

Rupa-rupanya, pas bulanan yang tercicir. Aku memang cuai. Huhuhu…….

Aku: Terima kasih.
Kaunter pelanggan: Sama-sama. Lain kali berhati-hati ye cik.
Aku: Baiklah. Terima kasih atas nasihat cik.

Haish….makin meningkat umur, makin banyak kecuaian aku buat.

Dia: Hanisah.

Eh….siapa pulak yang panggil nama aku tu? Suaranya macam ku kenal. Aku pun berpaling ke arah pemilik suara tersebut dan…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS